CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1797|Reply: 1

Kari Ayam Hijau, bukan mak kau ijau!

[Copy link]
Post time 1-12-2015 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Kari Ayam Hijau, bukan mak kau ijau!



Resepi Kari Ayam Hijau

1 ekor ayam sederhana

Bahan A

1 1/2  inci lengkuas
1 inci halia ( resepi asal tak letak… tapi saya letak sebab saya fobia bau hanyir ayam)
10 biji cili padi ( boleh tambah atau lebih- ikut citarasa )
6 -12 biji cili hijau
1 biji bawang besar ( saiz besar)
4-5 ulas bawang putih
10 g daun ketumbar ( kisar batang dan akar sekali )
2 batang serai
5 gm belacan ( saya letak sikit je… dalam 1/4 inci )
1 sudu teh lada putih
2 sudu teh biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis

Bahan B

20 gm Daun salasih ( nama lain- Thai basil) – dalam 10 helai je dah cukup!!
3 helai daun limau purut
4 batang kacang panjang ( potong 1 1/2 inci)
50 g terung pipit
500 g santan kelapa
2 sudu teh sos ikan ( jika suka)
1 sudu teh gula
sedikit garam
1/2 kiub ayam

Cara Penyediaan

1. Kisar  atau tumbuk lada putih, biji ketumbar dan jintan.
2. Kemudian campurkan dengan bahan A dan sedikit air. Kisar hingga hancur.
3.  Satukan ayam  dan bahan A yang telah di kisar serta sedikit air dalam periuk. Masak hingga ayam 3/4 masak.
4. Kemudian masukkan Bahan B kecuali daun dan sayur-sayuran kedalam ayam tadi.
5. Kacau hingga ayam empuk dan kuah agak pekat.
6. Sesuaikan rasa garamnya, kemudian masukkan sayur-sayuran.
7. Angkat dan hidangkan.

Related threads

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2015 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu saya beli ready made punya rempah basah. Sebotol rm9.00. Boleh masak 5-6 kali untuk 2 orang makan. Cuma panaskan minyak, masuk 2-3 batang serai, daun limau purut dan ready made rempah. Santan dan ayam. Siap. iols memang kalau tengah pemalas habis kalau masak ni je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 06:35 PM GMT+8 , Processed in 0.083659 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list