CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4647|Reply: 10

Rawatan Kulit Guna Plasma Darah Pilihan Ramai Selebriti

[Copy link]
Post time 1-12-2015 05:25 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy


Wanita jika dah bertambah usia, asyik terdedah dengan sinaran matahari dan sering tertekan pasti wajah mudah berkedut dan nampak tua.

Lambakan rawatan di pasaran pula, membuatkan anda keliru untuk memilih mana yang terbaik dan sesuai dengan anda.

Kini, terdapat satu lagi rawatan wajah untuk kekal cantik, awet muda, lembap dan mencerahkan dengan plasma darah atau dikenali dengan Platelet Rich Plasma (PRP).  Ia memang terkenal bagi selebriti dan artis yang ingin kekal cantik.



Teknik Platelet Rich Plasma (PRP) yang juga dikenali sebagai Vampire Filler itu semakin mendapat tempat dalam dunia perubatan kecantikan. Rawatan menggunakan Plasma Darah ini mampu merangsang dan menstimulasi sel baru pada kulit wajah. Rawatan ini mengambil plasma darah daripada individu yang membuat rawatan ini.





Rawatannya sangat mudah ;

1) Darah diambil daripada tuan badan yang melakukan rawatan.

2) Diproses menggunakan alat khusus.


3) Darah yang sudah terurai mengandungi zat yang disebut Platelet Rich Plasma (PRP).

4) Cairan PRP disuntikkan secara halus ke lapisan kulit agar dapat meresap hingga ke bahagian kulit yang paling dalam.

5) Selain disuntik, ia juga boleh digunakan sebagai masker.







Kesan melakukan rawatan PRP ini ialah ia secara tidak langsung dapat meremajakan kulit, memperbaiki lapisan kulit, menghilangkan kedutan, mencerahkan kulit, menghilangkan jerawat, melembabkan dan menutrisi kulit, serta mengurangi jerawat dan luka bekas jerawat.

Dengan menggunakan darah sendiri, rawatan ini dilihat selamat dan tiada kesan sampingan mahupun alergik. Juga diingatkan, rawatan ini harus dilakukan oleh doktor atau pakar sahaja. Ramai selebriti dan artis telah melakukan rawatan ini termasuklah Kim Kardashian. - CARI Infonet


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2015 04:03 AM | Show all posts
proven clinically and significant results ke compared to placebo sham method?

tu je nak tahu

and ya allah susah payah nak lawa
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 10:52 AM | Show all posts
scaryyyy...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 11:56 AM | Show all posts
cantik tu nak..tapi sakit tu tak nak
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape yg tau kt mana prp yg murah. Iols tgh survey
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 12:03 PM | Show all posts
hungryhenry replied at 2-12-2015 03:26 PM
Sape yg tau kt mana prp yg murah. Iols tgh survey

Auntie pun berminat nak tau ni...

Nak yg harga berpatutan dan doctor yg bertauliah, bukan beautician.... Demand sgt ker auntie ni? Lagi mau tanya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-12-2015 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu mcm kecoh kt my facebook cakap x halal..betul ke? Ms tu mcm x minat nk ambik tau dgn mendalam sbb rs x minat pn nk buat..

tiba2 curious plk..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2015 06:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu nampak pamplet ni kat satu klinik kulit tp tak pula tergerak hati nak tanya. Agak2 berapa kos rawatan ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2016 06:32 PM | Show all posts
Macam mana kalo orang tu carrier kepada sesuatu penyakit? Walaupun dia guna darah dia sendiri, ada kesan sampingan tak? Is there any study about this?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Haritu izzue islam ade post istri die buat rawatan cmni. Acu cuba try test tgk insta izzue
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2017 11:07 AM | Show all posts
Knowlee replied at 8-2-2016 06:32 PM
Macam mana kalo orang tu carrier kepada sesuatu penyakit? Walaupun dia guna darah dia sendiri, ada k ...

guna darah sendiri chuols
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.102181 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list