Apabila anak mula tumbuh gigi, ramai yang mula mencari jalan petua untuk menjaga gigi si kecil, tambah pula bagi anda yang baru bergelar ibu dan ayah. Jadi bagaimana untuk elak gigi anak kecil daripada cepat berlubang dan rosak? Pasti ibu bapa risau dan menjadi lebih memilih makanan untuk diberikan kepada anak-anak.
Sebenarnya tidak sukar, ada cara yang berkesan dan lebih 'halus' untuk menjaga kesihatan mulut dan giginya. Jom kita selongkar rahsianya...
sumber foto : http://assets-a2.kompasiana.com/
1. Periksa gigi
Perlu membiasakan si kecil ke klinik gigi agar dia tidak takut dengan doktor gigi dan mungkin seawal usia setahun. Biar si kecil tahu tentang perlunya menggosok gigi setiap hari dan kesan makanan manis yang boleh rosakkan giginya.
2. Sediakan berus gigi
Ketika giginya mula tumbuh, anda perlu biasakan si kecil gosok gigi. Tak perlu bimbang dengan emosi si kecil sebab ada berus khas yang sesuai untuk peringkat umur anak. Jangan lupa untuk ajar gosok gigi setiap kali sebelum tidur.
sumber foto : http://1.bp.blogspot.com/
3. Elak tidur dengan botol
Memang si kecil suka minta susu sebelum tidur tetapi anda boleh isikan air putih untuk elak gigi cepat berlubang. Paling penting, jangan biarkan botol susu ada di mulut anak waktu tidur.
sumber foto : http://us.images.detik.com/
4. Ketepikan makanan manis
Hati-hati dengan pemakanan yang anda berikan untuk si comel. Anak mungkin suka dengan biskut atau gula-gula yang manis dan perlu dikunyah. Jika makanan yang dimakan dibiarkan melekat pada gigi, risiko gigi berlubang lebih cepat terjadi.