CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: mbhcsf

Just nice to know basis - siapakah itu sahabat dan tabiin???

[Copy link]
 Author| Post time 27-12-2015 01:54 AM | Show all posts
Biografi Imam Muslim

Nama sebenar beliau ialah Abul  Hasan Muslim bin Hajjaj Bin Al Qurayshi An - Nisabori. Dilahirkan pada  204 H  di suatu lokasi yang dinamakan Nisabori iaitu satu tempat yang berdekatan dengan banda Mashdad di Iran.  Beliau telah melakukan kembara ilmu di merata rata tempat  mencari hadis hadis dan antara tempat yang dilawati beliau ialah Hijaz, Ash Sham, Iraq dan Mesir. Dinyatakan oleh penulsi yang beliau juga pernah bertemu Imam Bukhari dalam kembaraannya dan sempat belajar methodologi pentafsiran hadis daripada Imam Bukhari.

Memetik pernyataan Muhammad Ibn Bashar , " The Great memorizers of the world are 4 : Abu Zur'ah in Rayy, Ad Darimi in Samarqand, Muhammad Ibn Ismail and Imam Muslim of  Nisabor".

Beliau meninggal di tempat kelahirannya pada  rejab , 261 Hijrah.

Bless him for his contributions to all of us. Hidup berbakti.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2015 05:01 AM | Show all posts
Tentang  kedua dua kitab Sahih Bukhari dan Muslim

Tujuan  pengumpulan dan pendokumentasian hadis dalam kedua dua kitab ini adalag untuk merekod hadis hadis yang paling sahih/ asli / authentic untuk tujuan penyedian sumber hadis bagi para sarjana islam dalam bidang fiqh yang ingin membuat kompilasi hadis berkenaan sesuatu aspek dalam topik tertentu. Sebab itu hanya hadis yg paling sahih dan mereka kira sahih dalam aspek aspekpenialian tertentu dimasukkan.  Walau bagaimanapun sekiranya terdapat sesuatu hadis direkod dalam salah satu kita tetapi tidak yang lain atau pun tidak mneyertakan hadis yang sama kaitan dengan sesuatu perkara , ini disebabkan beberapa perkara dan antaranya menurut penulis ialah:

- hadis pilihan mereka  yang telah direkodkan  dalam kitab mereka dan yang melalui proses proses penilaian ketat itu telah cukup untuk menyatakan pandangan akan sesuatu perkara
-mereka berdua mungkin mengesan satu kecacatan pada hadis itu
- mungkin akibat terlupa
- mereka memilih untuk tidak memanjangkan topik itu
- sebab lain yang mereka dan ALLAh SWT yg mengetahui.

Para sarjana Islam juga bersetuju yang kedua dua kitab ini menekankan aspek isnad dan hadith mereka yang direkodkan ada bukti isnad yang bersambung.

Memetik pernyataan Imam Ibn  Taimiyyah : "Imam Bukhari dan Imam Muslim would not agree upo a hadith except that it is authentic without a doubt' ( pg . 95 )
dan sarjana Islam reratanya menyatakan bahawa hadis rekodan dalam kitab ini adalah sumber akhirnya rasulullah saw.

ada jugak pandangan hormat kritis daripada ahlu Huffadh yang menyatakan ada  juga hadis yang tidak mencapai level sahih  dalam beberapa hadis dalam sahih bukhari ( tidak dinyatakan hadis apa ) dan Muslim namun Ibn taimiyyah menyatakan bahawa ( saya petik ) , " regarding the majority of the ahadith criticised in Sahih Bukhari, if one looks at the arguments of both sides, it would seem that the argument of Imam al Bukhari  is much stronger'. However, regarding the ahadith in Sahih Muslim that have been criticized, if we look into the arguments on both sides it would seem that the argument of the critics is stronger'.

Ibn Hajar Al Asqalani pula mengambil pendekatan berbeza dalam meberi reaksi terhadap kritikan terhadap kitab sahih Bukhari dan Muslim iaitu , saya petik:" Without doubt, we put forward the word of Al Bukhari over Muslim, the people of their time and thoseof the scholars skilled in the authenticity and deficiency of hadith. So, if we hear a man critisising and opposing any of the ahadith that these two imams declared authentic, then without doubt, the wrds of these two Imams were given precedence over and above the words of the man.  Thus, this way any opposition will be refuted'

Ibn Hajar juga menyatakan pandangannya dalam setiap kritikan terhadap hadis yang dikritik dalam sahih Al Bukhari sementara Ibn Rashid al Ataar menulis buku di mana beliau menjawab kritikan terhadaphadis yang dikompilasi oleh Sahih Muslim.

rujukan :

Muhammad Salih Al Uthaymin, 2014. Mustalah Al Hadith: the rules and terminology of the science of hadith. Pillars Publishing,1st ed. pp: 95-97
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2015 06:37 AM | Show all posts
SUNAN AN NASA'I

As Sunan al Kubra merupakan kompilasi hadis yang dihasilkannya , dalamnya beliau mengumpulkan hadis yg sahih dan yang cacat.Beliau kemudiannya merumuskan Sunan Al Kubra ini pada kitab yang lagi satu bernama , As Sunan as Sughra yang kemudiannya digelar sebagai Al Mujtaba'. Berkisar tentang perihal perawi yang terdapat dalam al Mujtaba, dari aspek keutamaan kitab al mujtaba adalah kitab ketiga rujukan selepas sahihayn dan sebelum Sunan Abu Dawud dan Sunan at Tirmidhi. Ini adalah kerana Imam an Nasa's amat tegas dalam pemilihan perawi.

BIOGRAFI Imam An Nasa'i

Nama beliau ialah Abdur Rahman Ahmad bin Syu'ayb bin 'Ali an  - Nasa'i , dan kekadang beliau digelar  an - Nasawi  dan ini adalah kerana beliau berasal dari bandar terkenal yang bernama Nasa - yang berhampiran Khurasan, Iran.  Beliau dilahirkan pada 215H di Nasaa. Beliau sebagaimana ahli hadis yang lain sebelum ini melakuka kembara ilmu  yang meliputi negara Hijaz, Khuasan, sham, Al Jazirah and etc.

beliau kemudiannya tinggal di Mesir di mana kitab beliau menjadi terkenal di sana sebelum berhijrah ke Damascus , Syria. Beliau meninggal dunia di Aralah Palestine pada 303H.

Beliau meninggalkan warisan kitab dan selain itu pengetahuan tentang hadis palsu.


Bless him . Hidup berbakti.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2015 11:40 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 28-12-2015 02:23 AM

SUNAN ABU DAWUD

Kitab ini mengandungi  4 800 hadis yang telah diekstrak daripada  500 000 hadis dan satu satunya penulis kitab hadis yang  memfokuskan pilihan hadis yang meliputi bidang syariah. Menurut penulis, beliau juga membawa kitabnya untuk semakan kepada Imam Ahmad  yang menyatakan bahawa kitab ini adalah baik dan Ibn Qayyim juga berpuas hati dengan isi kandungan kitab ini dengam memberi  komen tentangnya dalam bab pengenalan pada buku tulisannya ( ibn Qayyim) Tadhib
- satu buku komentari terhadap sunan Abu Dawud


Abu Dawud juga menyatakan bahawa dalam kitabnya , hadis hadis yang direkod adalah sahih / authentic , hadis yang menyerupai seperti yg direkodkan  atau yang menyamai dengan hadis yg direkod ( " those that resemble them and those that are close to them" - petikan penulis). Abu Dawud menambah lagi bahawa hadis hadis yang mempunyai kelemahan nyata,  telah beiah perjelaskan  dan tak ada satu pun perawi yang ditolak mahupun diketepikan. Abu Dawud juga menyatakn bahawa hadis yang tidak diperjelaskan pula adalah bersifat 'upright'  dan ada yang lebih sahih daripada hadis hadis yang beliau telah kumpulkan dan rekod dalam kitab beliau yang lain. Perkataan ' upright' dalam konteks hadis yg terdapat dalam Sunan Abu dawud pula diperjelaskan maknanya oleh As Suyuti dengan memanjangkan makna kepada : penggunaan hadis ini untuk pertimbangan tetapi bukan sebagai dalil. Tokok As  Suyuti lagi, Sunan Abu Dawud barangkali terdapat juga hadis yang berstatus 'lemah'. Ibn Kathir pula berpendpat yang hadis hadis yang tidak dihighlight apa apa kecacatan oleh abu Dawud taraf hadis tersebut adalah ' hasan' ( fine) , dan kalau ini benar , tiada masalah untuk mejadikan hadis itu sebagai dalil ( bukan hanya utuk pertimbangan ). Pernyataan Ibn Kathir ini disokong oleh Ibn Us Salah.

Yang menariknya , menurut Ibn Mandah - Abu Dawud pernah juga membawa hadis yang mempunyai ciri sanad yang lemah , kalau beliau tidak dapat mencari hadis yang berkaitan dengan sesuatu topik . ini pada pendapat Ibn Mandah , disebabkan Abu Dawud berpendapat bahawa  weak hadis  lebih kuat dari ' pendapat' orang kebanyakan.

wallahualam.

BIOGRAFI IMAM ABU DAWUD

Nama sebenar beliau ialah Abu Dawud Sulayman bin Al Ash'ath bin Ishaq Al Azdi as Sijistani. Beliau dilahirkan  berhampira perkampungan Sijistan di Basra pada 202H.  Beliau memulakan kembaran ilmu mencari hadis hadis  dan mencatat hadis hadis dari kawasan Iraq, Sham, Mesir dan Kharasan. beliau juga mengumpulkan hadsi hadis daripada Imam ahmad dan lain lain sarjana hadis seperi Imam Muslim dan Bukhari.  Beliau, seara personalitinya dikenali sebagai seorang yang takutkan Allah, mempunyai daya ingatan yang kuat dan jelas dan mendalam kefahamannya. Beliau meninggal di Basra , Jumaat dalam Bulan syawal  275 H,pada usia 73 tahun.

bless him for his contribution to Islam and the rest of  the ummat.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2015 07:01 AM | Show all posts
SUNAN AT TIRMIDHI

Sunan ini dikenali sebagai Jami at Tirmidhi yang mengandungi pelbagai isu berkenaan fiqh. Hadis  hadis yang terkandung dalam sunan ini terdiri daripada hadis yang berstatus sahih/ authentic , hasan ( fine ) dan dhaif ( weak)  beserta penjelasan  kenapa sesuatu hadis dikelaskan dengan status tertentu  dan beliau juga sanggup bersusah payah untuk menerangkan kepada kelompok yang berpengetahuan pada zaman itu akan golongan manusia yang  akan menggunakan hadis dhaif.

Beliau juga menulis satu bahagian dalam bukunya yang  memperihalkan kecacatan hadis  dalam 'book of defects' yang bermanfaat untuk rujukan.

Memetik kata Imam At Tirmidhi berkenaan bukunya : " All the ahadith recorded in this book have been taken and acted according to by some of the scholars except for two hadiths".
Kedua dua hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Abbas - satu berkisar  rukhsah solat  dan satu lagi tentang hadis berkenaan hukum minum arak.

Para ilmuan hadis dari khurasan, Iraq dan Hijaz memmberi reaksi positif terhadap kandungan sunan ini apabila ia dibawa ke kawasan kawasan yang dinamakan di atas.


Kejujuran intelektual imam At Tirmidhi tampak jelas apabila Ibn Rajab sendiri menyatakan bahawa Imam At Tirmidhi secara jujur akan menyatakan klasifikasi status hadis yang  direkodkan sama ada hasan, sahih, dhaif atau gharib ( pelik ) , munkar ( rejected hadis ) dan beliau juga secara jujur menjelaskan bahawa tidak diketahui pula , seperti dakwaan beliau  beliau yang perawi perawi  yg direkodkan dalam sanad sanad hadis ini adalah  tergolong daripada  mereka  yang pernah didakwa berbohong,  atau pembohongan itu dilakukan dalam satu single narration etc , namun begitu, bagi perawi yang mempunyai daya ingatan yang lemah dan kurang jelas, beliau turut juga mencatatkannya dengan jelas tanpa menyembunyikan sesuatu pun dalam penulisannya.



BIOGRAFI IMAM AT TIRMIDHI

Empunya nama ialah Abu Eesa Muhammad bin ' Eesa bin Surah as - Salami at Tirmidhi. Dilahirkan di sebuah pekan bernama Tirmidh  di Uzbekistan, iaitu satu kawasan di sempadan utara Afghanistan, 209 Hijrah. beliau melakukan kembara ilmu untuk mengumpulkan hadis  daripada kalangan masyarakat Khurasan, Hijaz dan Iraq.  Beliau dikatakan anak murid kepada Imam Al Bukhari  dan Imam Bukhari juga dikatakan mengumpukan hadis daripada beliau. Imam At Tirmidhi kemudiannya mengalami cacat penglihatan  dan meninggal dunia pada 13 Rejab 279 H pada umur 70 tahun.

semoga Allah mencucuri rahmat and bless him for his great contribution mentioned.


SUNAN IBN MAJAH

Ibn Majah mengumpulkan  4 341 hadis yang dikelaskan dalam pelbagai topik.  Kitab ini merupakan kitab terakhir dalam the 6 mother of books dan tahap sahihnya selepas sunan  At Tirmidhi. Ibn Hajar menyatakan dalam  sunan ini terdapat juga hadis munkar  dan pertolongan Allah diperlukan dlm usaha pemurnian. Majority hadis dlm sunan ini yg sahih telahpun direkodkan dlm kitan dan sunan yg lebih awal dan hadis yg hanya boleh didapati dalam Sunan Ibn Majah  ialah sebanyak 1 339 dan telah disahkan oleh Ustaz Muhammad Fuad Abdul Baqi.

BIOGRAFI IBN MAJAH

Nama penuhnya ialah Abu abdullah Muhammad bin Yazid bin Abdullah bin Majah ar Raba'i mawlahum al Qazwini . Dilahirkan di Qazwin pada 209H. Melakukan kembara ilmu mencari hadis  di ar Ra'i, Basrah, Kufah, Baghdad, As - Syams , Mesir , Hijaz  dan beliau mengumpulkan hadis daripada kalangan penduduk di bandar tersebut. Beliau meninggal pada bulan Ramadhan 273H pada umur 64 tahun.

Bless him for his contributions to Islam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2016 02:02 AM | Show all posts
saya panjangkan kisah pembukuan hadis dalam thread yg baru - Jasa Khalifah Umar bin Abd' Al - Aziz dalam pembukuan hadith.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-10-2017 09:37 PM | Show all posts
saya bawakan isu dan fakta dalam thread ini memandangkan pengetahuan tentang hadith, tafsiran dan pengelasan hadis itu penting untuk at least kita ketahui pada  perinkat ' introductory' mustolah al hadith.

so , siapa yg kuasai  ini akan menghargai jariah kudrat dan intelk para perawi hadith terdahulu yg memurnikan hadis hadis ini.

kenapa hadis penting

well ini  adalah kerana secara logiknya ; sumber inilah terdapar rekodan atau catatan atau dokumentasi perlakuan  verbal, non verbal etc rasulullah saw  yg  kita dapat  patuhi.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2017 09:38 PM | Show all posts
yang penting

tahu asas  siapa itu kategori ' sahabat' tabiin dan kelas kelas kumpulan tabiin ikut era.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2017 09:54 PM | Show all posts
dari sibukkan diri belajar "sains" hadis?
baik sibukkan diri belajar quran nanti akan ketemulah sains tu..

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2017 09:59 PM | Show all posts
bagi saya hadis di atas termasuk hadis2 pelik di logik, tp logik tidak berguna utk hal agama....
apa punya doktrin la ni? org yg kurang waras je akan berkata begitu..

patutlah umat islam mundur hari ni ,tiada kemajuan sains sbb sering guna kepala lutut..sbb agama itu logik mampu diterangkan dibuktikan dgn sains..
kalau tak logik , berkhayal sampai bila pon tak maju..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.359405 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list