CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5612|Reply: 0

Punca-Punca Janin Meninggal Dalam Kandungan

[Copy link]
Post time 14-12-2015 08:26 PM | Show all posts |Read mode

Kredit Foto: portalsihat
Janin Dalam Kandungan.Kematian janin dalam kandungan atau ‘lahir mati’ merupakan satu mimpi sedih yang bukan mudah untuk dihadapi.
Segala impian dan kegembiraan seseebuah keluarga untuk menimang cahaya mata, mendengar tawa tangis si manja hilang dalam sekelip mata. Betapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, namun hidup ini mesti diteruskan.
Apabila keadaan sudah kembali tenang, berusahalah untuk memiliki ataupun menambah zuriat. Jangan sesekali berputus asa dan terus hidup dalam kesedihan ya.
Bagaimanapun bagi kebanyakan kes, semua itu boleh dielakkan (dengan izin Allah) daripada berlaku sekiranya si ibu menjaga kesihatan dan mengambil langkah-langkah yang tertentu semasa di dalam proses kehamilan dan prihatin terhadap kandungannya.

Definisi istilah lahir mati atau ‘still birth’
Lahir mati adalah kematian bayi di dalam kandungan selepas 22 minggu dikandung sebelum bayi sempat dilahirkan.Maknanya bayi meninggal di dalam rahim beberapa minggu atau jam sebelum atau selepas ibu mengalami sakit bersalin. Manakala keguguran pula adalah `kehilangan’ kandungan yang berlaku sebelum ia berusia 22 minggu ataupun berat bayi kurang daripada 500gm jika usia kandungan tidak diketahui.

Tanda ‘still birth’
  • Apabila ibu mendapati bayinya tidak lagi bergerak untuk satu jangka masa yang panjang.
  • Rahim tidak membesar melewati masa.
  • Tiada sebarang pergerakan atau degupan jantung pada bayi semasa menjalani ultrasound.


Apakah punca-punca ‘still birth’?
  • Punca Daripada Ibu:
  • Umur
Masalah kematian bayi sewaktu dilahirkan sering terjadi di kalangan ibu yang terlalu muda iaitu umurnya 20 tahun ataupun hamil ketika berusia 40 tahun ke atas.
  • Menghidap Penyakit Tertentu
Bagi anda yang menghidap penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang dan penyakit kronik yang lainnya, ketahuilah anda merupakan golongan berisiko terutamanya apabila tubuh tidak mampu lagi meneruskan kehamilan.
  • Sindrom Anti Phospolipid (APS)
APS merupakan sejenis penyakit di mana darah wanita hamil mudah beku. Apabila saluran darahnya mempunyai darah beku, ia boleh memasuki plasenta dan menyekat pengaliran darah, oksigen dan makanan kepada bayi.
  • Trauma
Kemalangan yang pernah berlaku seperti terjatuh, terhantuk dan yang seumpama dengannya boleh mendedahkan anda kepada risiko kematian bayi sewaktu dilahirkan.
  • Tekanan
Apabila mengalami tekanan, tubuh akan mengeluarkan hormon stress di dalam darah dan memberi tumpuan pada bahagian organ-organ yang penting. Oleh sebab itu, kelenjar adrenalin yang menjaga otak, jantung dan buah pinggang akan berada dalam keadaan darurat dan kurang memberi perhatian kepada bahagian rahim. Secara tidak langsung ia mendatangkan mudarat kepada bayi.
  • Sosial Ekonomi
‘Still birth’ juga terjadi kepada golongan ibu hamil yang terlalu miskin atau tiada pengetahuan asas bagi menjaga kesihatan diri dan kandungan. Antara lain, jika ada di kalangan anda yang suka minum alkohol dan mengambil dadah sepanjang hamil, ia bakal mendedahkan bayi kepada risiko ‘still birth’.

  • Punca Daripada Bayi:
  • Pembesaran Terbantut
Risiko ‘still birth’ boleh berlaku sekiranya bayi tidak mampu untuk membesar dengan kadar yang sempurna.
  • Pembentukan Kongenital
Lazimnya ia boleh terjadi kepada bayi yang mengalami masalah pembentukan organ dalaman tubuh seperti jantung. Sama juga halnya dengan yang mengalami kecacatan akal.
  • Air Ketuban
Anda perlu tahu bahawa air ketuban yang kurang ataupun terlalu banyak pun boleh menyumbang kepada risiko ‘still birth’.


  • Plasenta
Masalah yang berlaku kepada uri seperti abruption placenta juga boleh menjadi penyebabnya. Ia terjadi kerana uri lekang terlebih dahulu sebelum bayi berjaya dikeluarkan. Jadi, ia tidak dapat memberi bekalan oksigen pada bayi lalu menyebabkannya meninggal.
Manakala placenta praevia pula berpunca daripada pendarahan. Setiap kali pendarahan berlaku, plasenta tidak boleh berfungsi dengan sempurna dan boleh menyebabkan nyawa bayi dalam kandungan terancam.


1. Kesihatan Ibu
Demam campak semasa hamil boleh menganggu pembentukan janin. Semasa demam, antibodi badan berperang dengan bakteria yang menyerang, secara tak langsung pembentukann janin juga terlibat sama dalam ‘peperangan’ itu.
Walaupun janin berjaya hidup, tetapi tumbesarannya mungkin tidak lengkap terutama pada bahagian organ penting dan boleh membawa kepada kecacatan seumur hidup. Atau perlahan-lahan ia berdegup-degup dan akhirnya meninggal.

Kuman terutamanya dari kucing, seperti bulu kucing, air liur, cakaran atau najis, boleh masuk ke dalam tubuh manusia melalui makanan dan mengganggu tumbesaran janin. Ini disebut sebagai toxoplasmosis. Jika terjadi jangkitan pada 12 minggu awal kehamilan boleh membawa kepada kecacatan anggota badan, organ dan mata.

3. Genetik
Banyak penyakit yang boleh diwarisi menyebabkan kecacatan pada janin bayi, seperti Thalassemia. Sumbing juga dikaitkan dengan faktor genetik. Perkahwinan sedarah juga boleh menyebabkan kelainan pada gen bayi yang bakal dilahirkan.

4. Ubat-Ubatan
Ubat-ubatan seperti steroid dan antibiotik, dikatakan boleh memberi kesan buruk terhadap janin terutama jika diambil melebihi dos. Namun, paracetamol selamat untuk dimakan.

Air sejuk memang sedap diminum apatah lagi sekiranya air itu sejuk dan manis. Tetapi semasa mengandung anda disarankan jangan minum air sejuk sebaliknya perbanyakan minum air suam, atau air masak biasa.
Air sejuk selalunya akan beri kesan pada  janin dalam kandungan. Kejadiannya boleh memberi kesan pada sistem pernafasan, otak atau jantung janin.

Apakah langkah pencegahan untuk mengelak insiden ‘still birth’?
  • Mengawal itu kadangkala boleh dilakukan dengan mengelak daripada faktor-faktor berisiko semasa mengandung.
  • Mengawal diabetes mahupun darah tinggi yang boleh mengurangkan risiko lahir mati
  • Mengelak daripada penyakit rubella dengan mendapatkan suntikan rubella lebih awal sebagai sebahagian daripada pelalian
  • Elakkan makan daging mentah dan membela kucing-kucing untuk menghalang daripada toxoplasmosis
  • Kerap mencuci tangan merupakan amalan baik yang boleh menghalang wanita hamil daripada dijangkiti penyakit
  • Tidak merokok mahupun menghisap dadah apalagi semasa hamil. Ini kerana ia boleh mengakibatkan pertumbuhan bayi terbantut dan boleh meninggikan risiko insiden lahir mati.

Sokongan Suami Dan Keluarga
Di kala isteri melalui saat-saat yang menyedihkan seperti ini, suami atau bapa serta ahli keluarga hendaklah memberikan sokongan moral kepada isteri atau ibu. Kemurungan dan kesedihan boleh terjadi dan menjejaskan kesihatan isteri.
Bagaimanapun,sekiranya ibu itu sudah sihat semula, ini bermaknanya dia sudah bersedia untuk mengandung lagi dan melahirkan anak yang normal dengan syarat dia menjaga kesihatannya.
Sekiranya anda mempunyai pengalaman ini, janganlah berputus asa sebaliknya positif bagi mendapatkan kandungan yang kedua dan seterusnya.
Berjumpalah doktor untuk mendapatkan nasihat  Selain itu,bakal ibu atau ibu disarankan untuk menghadiri kelas-kelas untuk ibu hamil, bagi mendapatkan maklumat bukan sahaja mengenai kelahiran,penyusuan ibu malah lain-lain yang ada kaitannya dengan ibu dan anak.
Kepada si suami, berilah semangat dan kasih sayang terhadap isteri di samping anda sendiri juga perlu tabah dan berfikiran positif.

http://www.wom.my


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.059408 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list