
Ada yang merancang hendak buat majlis ulang tahun anak dalam masa terdekat? Pasti ada banyak rancangan yang anda rancangkan dalam kepala. Betul tak? Tetapi sebelum itu, lebih baik anda tahu tentang adab meraikan ulang tahun menurut pandangan Islam.
Adab majlis ulang tahun
Meraikan ulang tahun orang tersayang ada adabnya menurut Islam. Bahkan kalau dilakukan akan mendapat balasan pahala. Dalam menyambut ulang tahun sama ada kelahiran, perkahwinan dan lain-lain, elakkan melakukan pembaziran sama ada dari segi kos sambutan, hiasan mahu pun makanan. Pastikan ia sederhana dan tidak berlebih-lebihan.
Perlaksanaannya juga perlulah menepati hukum syarak di mana ia perlulah:
1. Tidak mempunyai unsur maksiat iaitu hiburan yang berlebihan.
2. Tidak membenarkan percampuran lelaki dan wanita bukan muhrim tanpa had.
3. Tidak menyebabkan anda atau hadirin meninggalkan solat fardu.
4. Menjaga batasan aurat anda dan tetamu ketika majlis berlangsung.
5. Menghidangkan makanan dan minuman yang halal walau pun ada tetamu bukan Islam.
6. Tiada acara meniup lilin pada kek kerana ia bukanlah amalan yang dilakukan oleh umat Islam. Meniup lilin pada kek diumpamakan sebagai menyerupai kaum Majusi yang menyembah api.
Malah disokong oleh hadis yang diriwayatkan Rasulullah bersabda “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, dia dikira daripada kaum tersebut.” (Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban).
Setiap kali menyambut hari lahir, pastikan anda melakukan perkara ini:
7. Melahirkan kesyukuran dan kegembiraan.
8. Muhasabah diri dengan menginsafi dosa dan maksiat serta memohon taubat.
9. Menggembirakan ibu bapa dengan pelbagai cara.
10. Saling mendoakan dan menukar sebutan “Selamat Hari Jadi” kepada ungkapan yang lebih bermakna dan indah seperti “Allah selamatkan kamu”.
11. Jamuan makan sebagai sedekah kepada fakir miskin.
12. Mengadakan majlis tazkirah dan berselawat.
sumber AMA
|