View: 3320|Reply: 4
|
Wanita Perlu Tahu : 10 Fakta Tentang Lelaki
[Copy link]
|
|
Oleh : Dean BZ
Lelaki lebih suka berahsia dan memendam rasa bebeza dengan wanita yang lebih gemar bercerita. Jadi agak sukar untuk mengenali tentang hati budi seorang lelaki.
Foto : wom.my
Disini ada 10 tips untuk anda mengenali tentang lelaki, dipetik dari zoncinta.com :
1. Sebenarnya lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. Sebab itu, dia selalu meminta anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin anda terlihat mempesona.
2. Lelaki sangat benci dikhianati. Walau luaran mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah.
3. Ketika saat ini dia menyukai anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti anda tidak pernah ada di hatinya.
4. Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan anda berbeza. Bukan bererti tak boleh bersatu, tetapi saling mencuba untuk memahami satu sama lain.
5. Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, anda selalu ada di dalam fikirannya. Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya anda hari ini.
6. “Awak sedang buat apa?” atau “Dah makan belum?” adalah ayat yang paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telefon. Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang anda.
7. Jika seorang lelaki benar-benar mencintai anda, dia akan menerima anda apa adanya. Tak peduli anda gemuk, hitam atau berjerawat. Mereka mungkin akan memberi nasihat pada anda untuk diet ketika anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai anda.
8. Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman anda. Untuk itu jangan memelihara muka yang masam di wajah anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona.
9. Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian anda. Termasuk menceritakan kisahnya bekas kekasihnya, walaupun kadang-kadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada anda.
10. Lelaki tidak suka jika anda bercerita tentang bekas kekasih anda. Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih anda.
Jadi dah fahamkan serba sedikit tentang sifat lelaki? Semoga membantu anda untuk mengenali si dia lebih rapat. - CARI Infonet.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tip 9? Agak keliru sedikit. Sbb bf aku tidak suka cerita pasal exnya. |
|
|
|
|
|
|
|
No. 3 n 5 mcm kena je dgn dia... sampai i pun confuse dia ni suka ke x kat i... |
|
|
|
|
|
|
|
dusunmind: Tip 9? Agak keliru sedikit. Sbb bf aku tidak suka cerita pasal exnya.
bahaya tu |
|
|
|
|
|
|
|
1 je tip tok aji kasik cukup pasei dari 1 tip ni mende lain terus jadi
Bila jaga lelaki, korang kne lepaskan dia
Bila jaga pompuan.korang kne selalu rapat dengan dia
Lelaki takkan kasik tau apa dia suka
Pompuan kalo buleh nak satu dunia tauuu apa dia suka
Lelaki laju, pompuan sloooowww
Lelaki tengok kendian baru rasa
Pompuan rasa baru dia tengok
Pompuan tak penah puas, lelaki puas kejap kejap
Lelaki self independent tinggi, pompuan self dependent tinggi |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|