CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2869|Reply: 6

6 Tanda Teman Baik Anda Sukakan Anda

[Copy link]
Post time 22-12-2015 06:52 PM | Show all posts |Read mode




Oleh : Fyruz Hanna


Perhubungan sememangnya sentiasa penuh dengan cabaran namun jika ia mekar dengan persahabatan yang kuat, pastinya kamu tiada masalah dalam perhubungan yang kamu jalani. Namun jika kamu masih tertanya-tanya adakah kawan baikmu (lelaki) sukakan anda, ketahuilah dengan tanda berikut:




1. Sentiasa mahu anda sebagai pasangannya
Tak kira di sekolah, ditempat kerja, atau hanya berjalan, dia pasti mahu bersamamu. Jika dia kelihatan sering memberi tanda-tanda ini, percayalah dia sukakan kamu.




2. Sering ajak kamu keluar
Baca diatas, 'sering' bermakna selalu ajak kamu keluar. Tapi tak bermakna semua lelaki yang ajak kamu keluar itu sukakan kamu. Jika dia teman rapatmu dan sering tak tinggal kamu sendirian. Cuba kenali si dia dengan lebih rapat.




3. Sering sakat kamu
Jika kecil-kecil dahulu, kita sering dengar, budak lelaki yang selalu kacau budak perempuan itu sebenarnya menyukai perempuan itu. Temanmu yang sukakan kamu sering menyakat kamu hanya untuk melihat kamu tersenyum atau merajuk.


4.Merenung
Pernah kamu tertangkap temanmu merenung mu? Dan apa yang dia lakukan ketika tertangkap dalam keadaan itu? Adakah dia mengalihkan pandangannya. Itu satu tanda jelas! Dia sukakan kamu.




5. Sentiasa duduk rapat, serapat yang boleh
Walaupun ruang luas lagi, tapi temanmu mahu merapatkan jarak antara kamu dan si dia. Dia seolah-olah ingin dilihat seperti sepasang kekasih. Awas. Dia memang sukakan kamu.




6. Dia mendengar
Adakah dia orang pertama yang ingat hari lahirmu? Bagaimana dengan perkara minggu lepas yang kamu katakan. Jika si dia benar-benar ingat, tiada curiga lagi si dia meminati kamu dalam diam.




7. Buat kamu ketawa
Lelaki suka buat insan yang digemarinya ketawa. Jika sering dia terlihat buatmu ketawa. Bahagianya kamu kerana si dia sememangnya meminati kamu.


-CARI Infonet.


sumber:love.allwomenstalk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2015 01:57 PM | Show all posts
kalau laki sama laki yang buat ni.... urmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2015 12:07 PM | Show all posts
minguk replied at 24-12-2015 01:57 PM
kalau laki sama laki yang buat ni.... urmmmmmm

AWAS hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 12:07 PM | Show all posts

eheheh tanya je.. kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2016 02:00 PM | Show all posts
teman yang baik kita susah dia tolong, dia susah kita tolong.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2016 01:32 AM | Show all posts
betul la semua tanda tu last2 dia ckp .. cuti bln 5 nnt aku nk dtg rmh ko nk msk minang ko .. rsa nk panggg skit je sbb dia pn kenal sapa bf kita ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2016 06:34 AM | Show all posts
hmm...no 3 & 4 tu interesting hahahaha but well......weng hahahahaahahahahh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.060822 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list