CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2016|Reply: 1

Jagalah 5 Perkara Ini Kalau Mahu Anak Bijak

[Copy link]
Post time 23-12-2015 11:37 PM | Show all posts |Read mode
Bukankah bahagia apabila kita yang keletihan dari pejabat, pulang ke rumah disambut dengan pelukan dan ciuman dari anak-anak. Bukankah berbaloi rasanya apabila anak yang kita didik dan pelihara menghadiahkan keputusan cemerlang di sekolah. Lebih mengharukan apabila kesemua anak kita berjaya menjadi anak soleh dan solehah.

Tapi macam mana pun, kita kenalah tahu caranya. Jangan terlalu memaksa anak sehingga si comel tak merasa dunia seronok mereka. Ibu ayah mungkin boleh amalkan beberapa tip ini untuk anak-anak...



1. Luang masa
Cuba luangkan sedikit masa melayan percakapan anak-anak ketika mereka masih kecil. Walaupun bahasanya kurang difahami tetapi yakinlah bahawa suatu hari nanti mereka pasti hargai.


2. Jangan suka-suka marah
Elakkan dari marah anak-anak apabila mereka lakukan kesilapan. Cara paling baik adalah dengan memberi penerangan dan kesan di sebalik kesalahan mereka itu.





3. Peluklah anak setiap hari
Banyakkan memeluk anak-anak anda setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa pelukan mampu mengeratkan hubungan sekali gus mewujudkan perasaan saling percaya antara satu sama lain.





4. Hargai barang kesukaan anak
Jangan buang mainan atau apa sahaja barang kesayangan anak-anak anda sekalipun ia telah rosak. Jika anda mampu hormati hak mereka maka mereka juga mampu lakukan perkara yang sama terhadap anda.





5. Doa ibu sangat berkat!
Sentiasa berdoa untuk kecemerlangan dan kebahagiaan anak-anak di dunia dan akhirat. Pada masa yang sama, berhati-hatilah dengan butir bicara percakapan anda kerana ini juga boleh dikategorikan sebagai doa yang mustajab.
mingguanwanita

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-12-2015 06:55 AM | Show all posts
Bergegas @faraway1 ambik notes.....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.161498 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list