Oleh : Fyruz Hanna
Apa yang kebiasaannya yang kita lakukan tak semestinya ia betul jika kita lakukan. Kadang-kadang perkara mudah seperti membancuh susu anak pun boleh jadi salah tanpa perhatian yang betul
Biasanya kita akan :
1.Masukkan susu formula yang disukat dalam botol.
2.Tuang air panas.
3.Selebihnya tuang air masak yang sejuk.
4.Goncang sehingga sebati
Rasa suhu sebelum diberi minum.
SALAHHHHHH CARA INI... DIULANGI... SALAHHHH...
Air panas yang melebihi 70 darjah selsius akan mematikan nutrisi-nutrisi yang ada dalam susu terbabit.
Pengewapan yang berlaku akibat daripada tindak balas air panas juga akan membebaskan bahan kimia daripada botol tersebut..
1. Tuangkan dahulu air masak yang telah disejukkan ke dalam botol susu anak.
2. Kemudian tuangkan sedikit demi sedikit air panas sehingga air dalam keadaan suhu suam. Contoh sukatan : 4 oz air masak , 1 oz air panas untuk susu 5oz
3. Tambah susu formula mengikut sukatan yang telah diberikan pada tin dengan menggunakan sudu yang dibekalkan.
4. Tutup botol. dan goncangkan sehingga larut dan sebati.
5. Uji suhu dengan menuang botol dan biarkan sedikit susu jatuh ke atas pergelangan tangan anda di sebelah dalam. Ia seharusnya terasa suam, bukan panas. -CARI Infonet.
Sumber: KementerianKesihatan |