View: 3192|Reply: 7
|
Lima Situasi Alam Perkahwinan Yang Diidamkan Kaum Adam
[Copy link]
|
|
Oleh : TS LOO
Apabila anda ketahui dalam isi hati setiap kaum adam sememangnya amat memerlukan ruang yang bebas, maka anda akan sedar sebenarnya rumahtangga bagi orang lelaki merupakan sangkar di dalam zoo.
Mereka beranggapan diri mereka seolah-olah berkurung dalam sangkar, apa yang diinginkan adalah sebuah hutan yang tiada kongkongan dan berladang rumput yang luas dan bebas. Jadi, melayan kaum adam perlulah mengambil langkah 'fleksibel', jangan terlalu mengongkong.
Ruang Peribadi
Kebanyakan pengantin lelaki yang baru akan merungut pada kawan-kawan lelakinya, tiada lagi kehidupan seperti dulu setelah berkahwin.
Bagi mereka 'kehidupan dulu' bermakna kebebasan tanpa had masa, boleh melakukan apa saja mengikut kehendak sendiri. Tapi sejak berkahwin, kaum adam merasakan diri mereka seperti 'layang-layang' yang dikawal oleh si isteri. Jika bergerak agak jauh sikit daripada pandangan isteri, pasti akan ditarik balik oleh si isteri yang memegang tali.
Aktiviti Riadah Yang Santai
Selain tidur dan kerja yang perlu dilakukan, kaum lelaki lazimnya gemar bersukan seperti main bola, mendaki dan macam-macam aktiviti luaran.
Biarpun di rumah, mereka juga memerlukan muzik sebagai teman. Jika lelaki disuruh duduk diam, pastinya mereka akan rasa amat membosankan.
Tidak Terlalu Cerewet Dengan Hal Remeh Temeh
Habis kerja balik ke rumah, bagi kaum adam, lazimnya kasut ditanggal tanpa meletakkan di almari kasut secara teratur.
Pagi biasanya bangun lewat, tak pernah lipat dan susun selimut, pingan mangkuk baru akan basuh sekiranya habis digunakan dan banyak lagi perkara-perkara rutin harian yang lain.
Kaum lelaki paling takut diganggu oleh rutin harian yang remeh temeh. Jadi peraturan dan syarat yang ditetapkan oleh kaum hawa hanya membuatkan orang lelaki rasa amat gelisah.
Berterus-terang Saja!
"Kenapa tidak boleh cakap secara terus terang saja?" Kebanyakan lelaki pernah meluahkan rungutan sedemikian. Orang perempuan suka berpusing jauh untuk menyampaikan buah fikirannya, secerdik mana si jantan itu pun tidak dapat tahan dengan perempuan tersebut.
Lazimnya selepas berlaku konflik, kaum hawa akan mengambil langkah 'tidak endah" termasuk tidak cakap, tidak menelefon, tidak makan nasi, tidak sebilik dan sebagainya, ini dipanggil strategik perang dingin.
Sebenarnya lelaki mengharapkan cara yang paling mudah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku antara temannya.
Tidak Ingin Mengurus Kewangan
Jikalau seseorang jantan itu bersikap memboros, maka janganlah harap dia akan berubah selepas kahwin.
Bagi mereka pengurusan kewangan adalah perkara yang amat leceh, lebih baik mereka fokus pada hobi atau kegemaran mereka. Justeru kaum adam lazimnya serahkan kuasa kewangan keluarga kepada kaum hawa kerana mereka malas memikirkan cara pengurusan wang. - CARI Infonet
sumber info: http :// www.yoko.com/dna/d/304/477.htm |
|
|
|
|
|
|
|
org pempuan ni mmg pelik2.. kadang2 anoying.. tp kalau xde lagi sasau beb... |
|
|
|
|
|
|
|
setiap pasagan sling memerlukan satu sama lain,klu boleh cuba baiki hubungan ni dri memutuskan jika telah berkawin la...
kdg2 mesti ada perasaan kasihan,bertolak ansur bertnggungjawb sesama pasangan..yg pnting..hargai la org yg berada didepan anda sekrng... |
|
|
|
|
|
|
|
laki x suka sesuatu yang leceh, cerewet, putar belit
dengan kata lain, laki tak suka berdrama mengong |
|
|
|
|
|
|
|
laki simple
pompuan cerewet
tp sesetengah perkara jadi terbalik
|
|
|
|
|
|
|
|
sedikit shj cerewet nya...
xde la smpi xfaham apa yg mereka nak or mahukan... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|