View: 4100|Reply: 15
|
5 jenis 'selfie' paling lazim di media sosial
[Copy link]
|
|
5 jenis 'selfie' paling lazim di media sosial, Astro Awani | Januari 19, 2016 12:38 MYT
'Selfie' adalah aktiviti mengambil gambar sendiri menggunakan kamera digital mahupun telefon pintar dan selalunya akan dimuat naik ke media sosial. -Gambar hiasan
TAHUKAH anda perkataan 'selfie' telah dinobatkan sebagai "Word of The Year" oleh Kamus Oxford pada tahun 2013?
'Selfie' adalah aktiviti mengambil gambar sendiri menggunakan kamera digital mahupun telefon pintar dan selalunya akan dimuat naik ke media sosial.
'Selfie' adalah satu kemahiran dan bukan semua orang boleh mengambil gambar sendiri dengan baik. Kalau saya sendiri yang mengambil selfie, selalunya saya akan termenung di sudut gelap mengenangkan gambar sendiri yang kurang menarik.
Hari ini kita akan membincangkan tentang jenis-jenis 'selfie' yang boleh dijumpai di media sosial.
1) Selfie Asas
Ini merupakan teknik selfie yang paling umum, dan paling mudah untuk dilakukan. Jika anda pergi ke laman Instagram rakan-rakan gadis anda, anda pasti akan menjumpai jenis selfie ini. Teknik ini boleh dilakukan seorang diri ataupun secara berkumpulan.
Anda hanya perlu menjauhkan kamera daripada wajah dengan sudut-sudut tertentu yang membuat anda nampak kurus, sebelum membuat pelbagai riak wajah seperti muncung menggoda mahupun kenyitan asmara.
Teknik selfie yang paling umum dan digunakan ramai individu. - Gambar AFP
2) Selfie Sedih
'Selfie' sedih adalah sejenis teknik mengambil gambar sendiri ketika sedang menangis. Kadangkala kapsyen muram tak cukup untuk menggambarkan emosi kita. Dengan mengambil gambar air mata berlinangan, kesedihan itu dapat dikongsi bersama.
Kita tak perlu banyak tanya kenapa menangis pun nak ambil gambar, cukup sekadar dengan ‘Like‘ yang kita beri, pasti dapat mengurangkan keperitan yang mereka alami.
Selfie sedih ini adalah sejenis teknik mengambil gambar kita sedang menangis. - Gambar Tumblr
3) Selfie Insaf
'Selfie' jenis ini banyak membuat kemunculan ketika bulan Ramadhan. Dengan wajah penuh keinsafan serta masih memakai telekung dan songkok, kita pun mengambil selfie. Apapun kita boleh komen tentang selfie mereka, tetapi jangan sekali-kali mempersoalkan ibadah mereka kerana itu urusan mereka dengan Tuhan.
Apapun kita boleh komen tentang selfie mereka, tetapi jangan sekali-kali mempersoalkan ibadah mereka kerana itu urusan mereka dengan Tuhan. - Gambar Twitter
4) Selfie Tidur
Ini merupakan teknik selfie yang paling sukar untuk dilakukan. Bagaimana kita hendak mengambil gambar dengan baik sambil menutup mata?
Walaupun aksi ini susah nak buat, kita masih dapat jumpa selfie jenis ini di Instagram. Kagum juga saya melihat 'selfie' tidur mereka yang sentiasa sempurna sebab kalau saya ambil selfie ketika tidur, mungkin dapat lihat air liur basi meleleh berserta rambut yang kusut.
Imej penyanyi popular Miley Cyrus sedang tidur yang dimuat naik olehnya tidak berapa lama dahulu. - Gambar Instagram Miley Cyrus
Bonus: Selfie #KJ40tahun
Selfie #KJ40tahun adalah kompilasi gambar selfie Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin ataupun nama manjanya KJ sempena hari lahir beliau yang ke-40. Sengaja saya selitkan #KJ40tahun di dalam senarai selfie ini agar anda dapat menikmati selfie beliau yang ’tall, dark and handsome‘.
#KJ40tahun: 40 selfie terbaik Khairy Jamaluddin
Salah satu 'selfie' #KJ40Tahun yang viral beberapa bulan lalu. - Gambar Twitter Khairy Jamaluddin
5) Selfie Menyusu
Selfie ketika sedang ‘breastfeeding‘ ataupun ‘Brelfie‘, merupakan teknik selfie terkini yang tiba-tiba menjadi trending di alam maya. Netizen di media sosial khususnya Facebook berbalah apabila gambar selfie ibu yang menyusukan anaknya tersebar. Ramai yang menentang tindakan tersebut, tak kurang juga yang mempertahankan aksi selfie sambil menyusukan anak.
Di sini, saya ingin menyatakan pendapat peribadi saya; saya menyokong sepenuhnya aktiviti penyusuan ibu, termasuk menyusukan anak di tempat awam .
Sebagai seorang ayah, saya faham dengan kehendak bayi kecil yang kelaparan tak kira masa dan tempat. Lagipun susu formula mahal jadi jika anak mahu menyusu badan sehingga genap dua tahun memang jimat duit saya.
Namun begitu,’nursing in public‘ harus dilakukan dengan tenang, bukannya main selak dan sumbat begitu saja. Boleh guna bilik susuan yang disediakan, ataupun sekurang-kurangnya pakai ’nursing cover‘ untuk mengelak daripada pandangan tidak berkelip orang lain.
Mengambil selfie ketika menyusukan anak pula adalah sesuatu yang berbeza. Perbincangan daripada segi agama kita serahkan saja kepada peserta Pencetus Ummah.
amai yang menentang tindakan tersebut, tak kurang juga yang mempertahankan aksi selfie sambil menyusukan anak. - Gambar fail
http://www.astroawani.com/gaya-hidup/5-jenis-selfie-paling-lazim-di-media-sosial-90311
|
|
|
|
|
|
|
|
yang duck face takde?![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
@Syd meh masuk berikan sepatah dua kata pasal gamba idola Syd ada di sini.![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Selfie nk tunjuk background
Selfie nk tunjuk kje dah siap |
|
|
|
|
|
|
|
selpie nak p keje , blk keje , p sekolah , balik sekolah ![](static/image/smiley/default/titter.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
mujur masuk tandas x selfie |
|
|
|
|
|
|
|
Selfie bersama harta sambil hashtag jangan persoal rezeki tuhan dik hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat belfie kim kardashian dengan andy cohen few years back. Skang khloe pun dah ada koleksi belfie. Ummah bila nak tiru? ![](static/image/smiley/default/icon_lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
selfie dlm jamban tgh meneran ada org buat tak? |
|
|
|
|
|
|
|
sape yang 'aniaya' gambar tu jadik senget benget ek?
![](static/image/smiley/default/curse.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
Gym selfie takde ka? Yang tu aku selalu buat kekeke. |
|
|
|
|
|
|
|
Syd tak ada dalam gambar sebab ambil gambar mereka.![](static/image/smiley/default/lol.gif)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|