View: 2293|Reply: 4
|
Ibu Hamil, Ketahui Info Tentang Air Ketuban Di Sini
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Bagi pasangan suami isteri yang bakal bergelar ibu bapa tak lama lagi, antara perkara yang harus diketahui tentang ibu hamil ialah berkenaan air ketuban.
Sebenarnya, apakah air ketuban itu? Lihat beberapa info tentang air ketuban yang anda harus tahu:
1. Air ketuban itu ialah cairan pelindung dalam pertumbuhan dan perkembangan janin.
2. Ia berfungsi seperti 'bantal' untuk melindungi janin terhadap trauma dari luar.
3. Ia juga melindungi janin daripada infeksi, menstabilkan perubahan suhu dan menjadi medium yang menyebabkan janin bergerak bebas.
4. Cairan ketuban mulai mengisi kantung ketuban, sekitar dua selepas kehamilan. Awalnya ia hanyalah air, namun selepas 12 minggu kehamilan, cairan penuh dengan kandungan zat gizi.
5. Seorang wanita hamil membawa hampir dua liter cairan ketuban ini.
6. Sepanjang kehamilan, bayi akan menelan air ketuban dan akan mengeluarkannya kembali sebagai urin.
Sumber foto: Carian google
7. Bayi menelan air ketuban untuk membantu paru-parunya berkembang.
8. Air ketuban akan diambil sebagai sampel untuk mengetahui kondisi atau keadaan bayi termasuk kemungkinan adanya down sindrom. Prosedur ini dipanggil sebagai amniosentesis. - CARI Infonet |
|
|
|
|
|
|
|
air ketuban ni banyak juga fungsi nya akak fikir masa nak pecah je fungsi nya |
|
|
|
|
|
|
|
Sesiapa ada masalah kurang air ketuban semasa mengandung, boleh amalkan makan tembikai. insyaAllah berhasil. tapi makan dengan seadanya lah, jangan melantak sebiji tembikai, mudarat pulak jadinya. kalo terlebih air ketuban pun boleh jadi masalah. |
|
|
|
|
|
|
|
@faraway1.........tak nak update air ketuban hang kat sini?????
|
|
|
|
|
|
|
|
good info tq
|
|
|
|
|
|
|
| |
|