View: 2876|Reply: 9
|
Cuba Sendiri Kari Ikan 'Style' Mamak!
[Copy link]
|
|
Oleh Adib Za
Kredit foto: Azlita Masam Manis
Siapa yang gemarkan kari ikan yang dimasak stail kedai mamak?
Ia sedikit berbeza dengan kari Melayu kerana dimasak tanpa santan, sebaliknya digantikan dengan air asam jawa.
Jom cuba resipi mudah ini, pasti menjilat jari sekeluarga!
Bahan-Bahan
1 ekor ikan jenahak sederhana besar
4-5 sudu besar rempah kari ikan
2 sudu besar cili kisar
5-8 kacang bendi
2 biji cili merah
Bahan Kisar
1 biji bawang besar
3 biji bawang kecil
4biji bawang putih
1 inci halia
Bahan tumisan
1 sudu kecil halba
3 biji bawang kecil-hiris halus
3 biji bawang putih-hiris halus
1/2 biji bawang besar-hiris halus
2-3 tangkai daun kari
2-3 cawan air asam jawa
garam dan minyak secukupnya
Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan tumis semua bahan hirisan dan halba.
2. Setelah naik bau, masukkan bawang kisar bersama daun kari dan masak sehingga layu.
3. Masukkan pula cili kisar, sedikit garam dan serbuk kari ikan, kacau sebati dan biarkan rempah masak dengan menggunakan api yang kecil sambil di kacau selalu. Masukkan sedikit air bila rempah nampak kering.
4. Masukkan sedikit beras (yang telah disangai dan ditumbuk) selepas rempah masak.
5. Masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih baru di masukkan ikan dan rasa cukup asam dan garamnya.
6. Bila ikan dah masak, kecilkan api dan masukkan pula bendi dan cili merah. Biarkan sebentar baru di tutup api. - CARI Infonet
Sumber resipi: Kakinakl |
|
|
|
|
|
|
|
4. Masukkan beras selepas rempah masak
Beras?.. |
|
|
|
|
|
|
|
bemyself: 4.  Masukkan  beras  selepas rempah masakBeras?..
dah edit sis..hehe TQ |
|
|
|
|
|
|
|
Beras tu APA fungsi dia?? Bg pekatke |
|
|
|
|
|
|
|
beras tu bagi menyedapkan lagi kari tu. Beras tu ambik sikit je,disangai dan ditumbuk halus.
|
|
|
|
|
|
|
|
Owh..to.
Mmg nampak sedap ni,kena try.
|
|
|
|
|
|
|
|
first time dengar masak kari kena masukkan beras..
agaknya untuk kasi kuah pekat kut
macam saya buat kuah percik..
saya masukkan jugak beras yang sudah disangai dan ditumbuk halus sebelum masuk ke dalam kuah percik.
boleh try resepi masak kari ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
hmm..tak ada plak pakai rempah fantastic four tu ya?
selalunya itulah bahan utama masak kari dan sup..
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh rupanya beras boleh pekatkan kuah. Ada satu telemovie tu pun ada guna beras hancur buat gulai. |
|
|
|
|
|
|
| |
|