Oleh Izzah Abbasy
Susah nak sental? Nak basuh semua peralatan yang degil? Sebenarnya ada cara mudah untuk anda bersihkan alatan yang terdapat di rumah.
14 cara ini sangat membantu. Jom, cuba!
1. Hilangkan kotoran degil di permaidani anda menggunakan seterika dan tuala lembab.
2. Hilangkan kotoran makanan degil di papan pemotong dengan menggosok lemon serta garam.
3. Bersihkan loyang pembakar anda menggunakan baking soda. Campurkan baking soda bersama air sehingga menjadi pes, kemudian gosok, biarkan sekejab dan bilas.
4. Bersihkan kepala pancuran air anda menggunakan cuka dan plastik. Ikut sahaja cara di bawah ni dan hasilnya memang memuaskan!
5. Bersihkan tilam anda menggunakan vaccum kemudian taburkan baking soda di seluruh tilam. Biarkan selama 2 jam dan vaccum sisa vaccum soda yang ada.
6. Bersihkan penyagat anda menggunakan kentang! Kesannya pasti membuat anda terkejut!
7. Isi mangkuk dengan 1 bahagian air dan 1 bahagian cuka panaskan di gelpmbng tertinggi selama 2 minit. Ianya akan membersihkan dan melembutkan kotoran yang terdapat didalam microvave. Akhir skali anda hanya lap bekas kotoran yang tertinggal.
8. Nak bersihkan mainan anak anda? Masuk sahaja dalam mesin basuh! *Peringatan : jangan masukkan mainan yang mudah patah dan rosak.
9. Gunakan stokin lama dan campuran cuka serta air untuk membersihkan tingkap anda. Mudah je kan?
10. Masukkan air serta sabun pencuci dan kemudian blender selama beberapa saat! Tadaaa.. senang giler ok!
11. Rendam berus gigi anda dengan campuran cuka dan air selama 30 minit kemudian bilas.
12. Bersihkan pembakar roti anda menggunakan serbuk krim tar – tar dan air.
13. Sapukan campuran baking soda serta air di dinding jubin kemudian berus dan tinggalkan selama 15 min! Selepas itu berus dan bilas sehingga bersih.
14. Gunakan campuran minyak sayuran dan baking soda kemudian gosok kabinet anda menggunakan span atau pun berus gigi lama!
Kredit : Saja Kongsi
|