Oleh Izzah Abbasy
Perkara biasa, usai menggunakan oven untuk 'baking' dan menyediakan hidangan makanan untuk keluarga pasti oven tidak dibersihkan.
Setelah itu, oven yang dibiarkan terlalu lama akan mengakibatkan sisa kotoran bahan makanan menjadi kerak dan berkarat.
Bagaimana nak hilangkan sisa-sisa kotor di sudut-sudut kecil dalam oven?
Pasti sukar kan? Namun jangan risau, ada cara mudah untuk membersihkan oven dengan mengggunakan bahan-bahan yang ada di dapur anda.
Bahan diperlukan :
● Air
● Botol spray
● Baking soda
● Kain buruk
● Cuka
● Mangkuk kecik
Cara-cara pembersihan :
1. Keluarkan semua perkakasan dalam oven
2. Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan air dalam mangkuk tadi. Tujuan untuk jadikan campuran tu kepada pes supaya mudah disapukan pada permukaan kotor.
3. Sapukan pes tadi pada permukaan kotor dalam oven, baking soda tu akan bertukar jadi warna perang.
4. Biarkan 12 jam untuk bagi dia jadi magik heheh ini serius tau.
5. Cukup 12 jam, ambik kain buruk, lap sebanyak mungkin baking soda tu.
6. Letakkan cuka dalam botol spray dan sembur permukaan yang masih ada saki baki baking soda tu.
7. Kemudian lap dengan kain buruk.
8. Letak kain buruk tadi dalam oven.
9. On oven dengan temperature rendah lebih kurang 10-15 minit dan biar ia kering.
Permukaan kaca (pintu) oven :
1. Ulang langkah 1 tadi.
2. Sapu pes tu pada kaca pintu oven tu.
3. Biar 30 minit.
4. Guna kain buruk untuk lap.
Hasilnya anda dapat macam dalam gambar. Kalau nak lagi bersih, belilah oven baru yang semestinya nampak bersih.
Selamat mencuba!
Kredit : Facebook Ryuji Asada |