Oleh : TS LOO
sumber foto : https://cornercafe.wordpress.com/2010/02/16/kuih-momo/
Kuih momo adalah biskut raya bagi masyarakat melayu di sarawak. jika di brunei ia dikenali dengan nama biskut mor manakala di semenanjung hampir meneyerupai biskut makmur yang berinti kacang tumbuk. ia juga tidak jauh beza dengan biskut arab kerana menggunakan minyak sapi sebagai salah satu bahan utama.
Bahan salut :
50 gm susu tepung
50 gm gula aising
sumber foto: http://4.bp.blogspot.com/
Cara membuat :
1. Ayak tepung, gula, susu dan garam. Masukkan kuning telur dan gaul sehingga sebati.
2. Masukkan sedikit demi sedikit minyak sapi, uli menjadi doh
3. Ambil sedikit dan bentukkan seperti bebola
4. Atur di atas tin pembakar beralas kertas kalis minyak
5. Bakar pada suhu 175 darjah celsius selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Angkat dan golekkan di dalam campuran bahan salut. Biarkan sejuk atas redai.
7. Simpan dalam bekas kedap udara.