CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5288|Reply: 1

Bahang Panas EXO'LuXion di Kuala Lumpur

[Copy link]
Post time 13-3-2016 01:19 PM | Show all posts |Read mode





CEPAT SAKSIKAN KEHEBATAN KUMPULAN K-POP 'EXO' !







'EXO' BUAT PERSEMBAHAN SECARA 'LIVE' ATAU 'MIMING'?



SUHU MENCECAH 38 DARJAH CELSIUS, 'EXO' DIBASAHI PELUH








Kuala Lumpur, Mac 12, 2016“EXO PLANET #2 THE EXO’LuXion, WORLD TOUR IN MALAYSIA” telah berlangsung dengan jayanya semalam menjadikan EXO kumpulan sensasi Korea ke-dua selepas Big Bang membuat persembahan di stadium terbuka dan tertua di Malaysia. Seramai 15,000 peminat yang datang dari seluruh Asia seperti  Indonesia, Thailand, Brunei, China, Singapura, Filipina, Jepun dan Korea. Konsert bersekala besar merangkumi kos perbelanjaan pentas , kesan bunyi dan sebuah kolam kecil diterbangkan khas dari Korea menelan belanja sebanyak RM2 juta dengan melibatkan sebanyak 30 trak pengangkutan dan 300 crew untuk menyiapkan pentas tersebut.

Selepas kejayaan konsert jelajah “EXOPLANET #1 – THE LOST PLANET” 2014 di seluruh Asia, EXO tanpa mengenal penat meneruskan langkah melancarkan konsert jelajah dunia merangkumi Amerika Utara dan untuk Asia pula EXO membuat kejutan dengan menyenaraikan Malaysia didalam senarai konsert jelajah mereka yang sudah semestinya EXOL Malaysia menyambut berita ini dengan pelbagai rasa gembira mereka setelah sekian lama menanti. Walaupun sudah maklum bahawa kunjungan mereka ini adalah bukan asing lagi kerana mereka pernah menjejakkan kaki di Malaysia adalah pada tahun 2012 untuk Asian Super Showcase. Kemudian membuat penampilan istimewa pada 2013 untuk 27th Golden Disk Awards (GDA) dan sekali lagi pada tahun yang sama mereka datang sekali lagi untuk MTV World Stage Live In Malaysia 2013. Namum konsert ini adalah konsert solo pertama mereka di Kuala Lumpur.

Walaupun kumpulan ini menghadapi pelbagai kontrovasi dengan 3 anggota meninggalkan EXO segalanya tidak menjadi halangan bagi EXO untuk terus maju dihadapan kerna terbukti bukan sahaja di negara lain, EXOL Malaysia ketika mendapat berita ini, sudah ada ramai peminat berbaris menunggu awal 5 hari dari tarikh pelancaran yang diumumkan oleh pengajur. Dalam masa tidak sampai 2 jam saja kesemua tiket VIP telah habis terjual dan tempoh kurang 6 jam kesemua tiket yang mahal telah habis terjual. Dikabarkan juga bahawa ketika ‘online booking” dibuka pada petangnya, kesemua tiket terjual habis dalam masa 28 minit.

Kebanyakan peminat yang telah sedia berkampung 2 hari sebelum konsert. Pada hari konsert tersebut walaupun pada awalnya cuaca sangat panas sehingga mencapai kepanasan 44 darjah dan tanpa disangka hujan lebat turun pada petangnya sehingga membuatkan keadaan sekitar bukannya memberi suasana nyaman sejuk tapi bahang panas yang naik sesudah hujan. Namum begitu ianya tidak menghalang peminat  berganjak dari barisan menunggu di hadapan pintu utama stadium.

Seperti yang dijanjikan, konsert bermula tepat pukul 8 malam. Dengan dimulai dengan persembanan set pertama dengan lagu “Overdose” sudah membuatkan suasana bergema dengan suara jeritan peminat dengan pancaran warna perak bergemerlapan menyelubungi seluruh stadium. Disusuli dengan “History” dan  “El Darado”. Istimewanya konsert mereka di Malaysia selain mejadikan Kuala Lumpur sebagai negara terakhir kunjungan mereka, ini adalah satu-satunya konsert mereka yang dibuat di stadium terbuka dari siri konsert jelajah luar negara, selain memberi kejutan yang tidak pernah terjadi ketika mana-mana konsert adalah ketika EXO menyampaikan lagu “Playboy”, berberapa das bunga api berwarna-warni dilepaskan menyinari ruang udara meraikan dan memberitahu kesemua peminat bahawa Malaysia adalah negara terakhir mereka kunjungi. Selain daripada itu juga Lay mencuri sedikit masa walaupun sibuk dengan pengambaran di China,  manakala Kai dan Xiumin yang baru sembuh dari kecederaan telah melengkapkan 9 ahli kumpulan beraksi diatas pentas menjadikan mimpi nyata yang tidak boleh dilupakan oleh peminat EXOL Malaysia.

Sebanyak 27 buah lagu disampaikan dan 5 buah lagu antaranya seperti “History”, “Lucky”, “First Snow”, “Miracle In December” dan “Growl” dipersembahkan didalam Bahasa Mandarin. Usaha beberapa kumpulan peminat yang melancarkan projek peminat juga telah berjaya dilaksanakan pada malam tersebut sehingga mendapat pujian dari pihak pengurusan SM Entertainment. Seperti untuk lagu “Drop That” peminat memakai lampu tangan 4 warna iaitu hijau, ungu, biru dan merah membuatkan stadium berkilauan dengan pancaran warna-warni. Manakala ketika lagu “Lucky” banner diangkat sepanjang lagu tersebut. Sebelum mempersembahkan lagu "Sing For You", paparan skrin memperlihatkan EXO dibelakang tabir sedang membuat sesi latihan untuk persedian konsert. Nyanyian peminat bergema diseluruh stadium dengan “Sing For EXO” dan kata-kata “We Are One” sebagai sokongan peminat walau apapun halangan dan cabaran EXOL akan sentiasa bersama mereka. Malah ketika lagu “First Snow” EXO kelihatan terkesan sekali terutama Yixing kerana peminat boleh menyanyi penuh lirik lagu tersebut. Sementara itu peminat juga telah memberi sebuah kejutan dengan nyanyian lagu harijadi kepada Xiumin yang kelihatan terpinga-pinga dan terkejut tidak menjangka kerana harijadi beliau pada 26 Mac.

Interaksi bersama peminat juga berjalan dengan suasana gembira dan lancar terutama atas bantuan penterjemah Korea yang memterjemahkan setiap butir percakapan EXO. Suasana juga dipenuhi dengan gelak ketawa bila ada ketika EXO membuat usikan terhadap peminat seperti dimana Chen mengusik bertanya apakah ada diantara peminat yang akan ke sekolah keesokan harinya dan bila peminat menjawab tidak dengan segera Chen mengajak peminat untuk terbang bersama mereka ke Korea. Suho berkata walaupun Kuala Lumpur berbahang panas tapi Kuala Lumpur adalah sebuah negara yang sangat cantik untuk dilawati, dikesempatan itu juga beliau sempat berpesan kepada peminat untuk minum air dengan banyak dan menjaga kesihatan masing-masing. Kedengaran peminat bersorak gembira ketika Sehun memberitahu bahawa mereka akan datang lagi ke Malaysia dan berharap akan lagi ramai peminat akan datang menyaksikan konsert mereka. ( Yup… berharap akan berjumpa mereka lagi untuk konsert pada tahun hadapan..) Boleh dilihat ketika konsert Sehun begitu prihatin dan memerhati setiap “fan banner” dari peminat. Manakala disudut lain Chanyeol, Lay, Chen, Kai dan D.O juga banyak bertindak dengan mendekati dan memberi peluang  dengan menghadiahkan beberapa aksi untuk lensa camera peminat. Antara yang ditunggu juga adalah aksi tarian Suho bermain air di dalam kolam kecil yang terletak di hujung kanan pentas. Sesudah konsert berakhir pula Baekhyun mengemaskinikan Instragram beliau dengan memuji dan berterima kasih kepada peminat di Malaysia.

Konsert tanpa henti yang berlangsung hamper 3 jam ini berakhir ketika Suho sebagai ketua kumpulan EXO dengan nada sedih memberitahu peminat bahawa “Unfair” adalah lagu terakhir dari mereka. Seperti tidak ingin konsert berakhir, ramai peminat yang menangis sedih tidak ingin berpisah lagi dengan EXO. Malahan peminat masih tidak berganjak dari tempat masing-masing mengharapkan kata-kata Suho tersebut hanya sebuah gimik sebelum meneruskan ‘encore’ kejutan terakhir mereka namum selepas saja lampu pentas dimatikan barulah peminat menerima kenyataan bahawa ianyanya benar-benar telah berakhir.

Konsert kpop termahal pada permulaan tahun 2016 di Malaysia ini dibawakan khas oleh penganjur Star Planet dengan kerjasama Spritzer Mineral Water dan Robsonhil Residency. Terima kasih diucapkan kepada pihak pengajur kerana memberi kesempatan kepada CARI Malaysia untuk membuat liputan konsert ini. Semoga segala kelemahan dan kekurangan yang berlaku ketika konsert tersebut dapat diperbaiki pada apa saja konsert yang akan dianjurkan pada masa akan datang.

Senarai lagu konsert di Kuala Lumpur

1.     중독 (Overdose)(KR)
2.     History(CH)
3.     El Dorado (KR)
4.     나비소녀 (Don't Go) (KR)
5.     5.Playboy (KR)
6.     Baby, Don't Cry (인어의 눈물) (KR)
7.     My Answer (KR)
8.     The Star (KR)
9.     Exodus (KR)
10.   Hurt (KR)
11.   피터팬 (Peter Pan) (KR)
12.   XOXO (KR)
13.   Lucky (CH)
14.   3.6.5 (KR)
15.   Christmas Day (KR)
16.   첫 눈 (First Snow) (CH)
17.   12월의 기적 (Miracles in December) (CH)
18.   Full Moon
19.   Machine
20.   Drop That
21.   Let Out the Beast
22.   Run
23.   Call Me Baby
24.   Dubstep Intro
25.   으르렁 (Growl)_extended version (CH)
26.   Love Me Right
27.   Sing For You (KR)
28.   Unfair (KR)




Artikel oleh : Isabel
Gambar oleh : Star Planet  








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-3-2016 11:01 AM | Show all posts
semua....

link photos sudah kbel update...
so bole clik kat link Asian Celebrities facebook oke...

https://www.facebook.com/asiancelebiritescariforum/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.049164 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list