Pinggang kecil dan ramping pastinya menjadi kegilaan suatu ketika dahulu. Namun, kini tidak lagi. Masing-masing pinggang pun saiz melebihi hadnya. Hihihi tak gitu?
Tapi, yang menariknya dan menjadi trending di media sosial apabila golongan wanita di negara China berlumba-lumba untuk mengecilkan pinggang berukuran kertas A4.
Mereka bertungkus lumus mendapatkan pinggang dimana ukurannya yang tidak lebih dari sekeping kertas A4.
Trend ini menjadi viral setelah ramai wanita di negara China memuat naik gambar dengan meletakkan kertas A4 di hadapan pinggang masing-masing. Malah,mereka bangga mempunyai saiz pinggang kertas A4 untuk di tonjol kepada orang ramai menerusi media sosial.
Namun, ada juga sesetengah pihak tidak menyokong tindakan ini, pinggang yang terlalu kecil boleh membahayakan dan memudaratkan diri mereka sendiri.
Eh, pinggang penulis pun saiz A4 jugalah. Hehehe anda bagaimana? Saiz apa? Jangan lebar sangat tau, tak cantiklah. - CARI Infonet