Edited by otomatic_prince at 18-3-2016 03:19 PM
Bila tiba waktu lunch sahaja, mesti kita akan stress memikirkan mahu makan di mana. Kalau boleh biarlah yang murah, sedap dan juga tempat yang bersih. Ini Wanista kongsikan antara tempat makan tengahari dengan harga yang murah bawah RM15 di sekitar KL.
1. Kedai Sebelah – Set Lunch : Nasi Basmathi, Ayam Masak Kicap, Ulam- Ulaman, Sambal Belacan, Orange & Sirap Ais! Hanya Rm8.50. (LINK) Alamat – D-G-02, Jalan SS6/20A , Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya
2. Fat Spoon Cafe – Sekitar harga RM 12 dan seterusnya. (LINK) Alamat – 73 Jalan SS 21/1a, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya.
3. CoffeeSociete – Set makan tengahari bersama main course dan secawan kopi gourmet hanya RM10 sahaja.(LINK) Alamat – Publika
4. The Gravy Factory – Jika anda pesan set tengahari Spaghetti Bolognese, anda akan dapat Iced Lemon Tea dan pencuci mulut. (LINK) Alamat – Empire Damansara
5. IKEA Mutiara Damansara – Tidak perlu beritahu lagi, tempat ini memang sentiasa penuh dan makanan juga murah.
6. Tappers – Menarik ialah teh dan kopi adalah refillable. (LINK) Alamat – Jaya One, Cap Square, Bangsar South, Setiawalk, Setia Alam, Setapak and Cyberjaya
7. Village Park Nasi Lemak – Menghidangkan nasi lemak dengan pelbagai lauk dan amat popular bagi warga Lembah Klang. Alamat – 5, Jalan SS21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
8. Chawan – Menarik ialah menghidangkan pelbagai jenis kopi dari semua negeri di Malaysia. Alamat – 69-G 69 Jalan Telawi 3 Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur.
9. Teh Tarik Place – Nikmati laksa terbaik di sini. Lebih menarik lagi, menu baru ini ditawarkan daripada jenis laksa variasi pelbagai negeri. (LINK) Alamat – - The Curve, Petaling Jaya
- 1 Utama, Petaling Jaya
- IOI Mall, Puchong.
- Empire Shopping Gallery, Subang
- Sunway Pyramid, Bandar Sunway
- Sooka Sentral, Kuala Lumpur
- Paradigm Mall, Petaling Jaya
- Setia City Mall, Shah Alam
- Bangi Gateway Shopping Complex, Bandar Baru Bangi
- Ayer@8, Precinct 8, Putrajaya
- Nu Sentral, Kuala Lumpur
- Metropoint Complex, Kajang
- DEMC Specialist Hospital
10. Pancake House International – Bagi sesiapa yang inginkan makanan tidak terlalu berat. Set makan tengahari mempunyai 6 pilihan, harga bermula RM11.90 – RM14.90. Set termurah berharga RM11.90 menawarkan spageti dan garlic bread. Jika ingin tambah 2 lempeng perlu tambah RM0.99. (LINK) Alamat – Mid Valley Megamall, Pavillion
|