View: 3325|Reply: 1
|
[2016]
13 HOURS : THE SECRET SOLDIERS OF BENGHAZI - Babak 'Real' Ditonj...
[Copy link]
|
|
Edited by eddlisa_uyuk at 25-3-2016 09:50 PM
Diadaptasi daripada novel tulisan Mitchell Zuckoff berjudul 13 Hours, pasukan terbabit membuka mata banyak pihak bahawa pengorbanan mereka wajar diberi pengiktirafan.
Dinamakan Anggota Tindak Balas Global (GRS), ramai tidak tahu kewujudan pasukan bantuan yang memainkan peranan cukup penting. Bahkan pasukan yang dianggotai askar elit ini yang bertanggungjawab melindungi CIA.
Dibintangi James Badge Dale sebagai Rone, John Krasinski (Jack), Max Martini (Oz), Dominic Fumusa (Tig), Pablo Schreiber (Tanto) dan David Denman (Boon), filem ini merungkai peranan sebenar GRS.
Diangkat daripada kisah benar yang berlaku ketika pergolakan di Benghazi, Libya pada 2002, GRS adalah wira sebenar AS. Ditempatkan di markas yang dipang-gil The Annex, keselamatan setiap warga AS ketika itu berada di tangan mereka.
Bezanya, mereka hanya dipisahkan dengan satu arahan yang akhirnya menjadi penyebab utama kepada kematian duta AS ke Libya, J Christopher Stevens. Lewat tiba beberapa minit di kediaman duta berkenaan adalah satu kesilapan besar.
Meskipun filem ini sarat aksi tembak menembak dan pertumpahan darah, ia menyampaikan mesej betapa pentingnya membuat keputusan yang tepat.
Apatah lagi dalam situasi genting apabila nyawa bukan lagi kompromi, keputusan perlu dibuat mengikut gerak hati meskipun terpaksa mengetepikan protokol.
Kesetiaan terhadap negara saja tidak cukup apabila banyak nyawa perlu dipertaruhkan.
Berdepan ancaman militan berani mati dalam cerita ini, GRS perlu bertindak pantas dan membuat keputusan yang tepat.
Bay turut menonjolkan nilai persahabatan dalam karyanya kali ini. Ia boleh disaksikan menerusi watak enam anggota GRS iaitu Rone, Jack, Tanto, Oz, Tig dan Boon.
Menyedari kewujudan pasukan itu hanya dipandang sebelah mata, mereka amat menitikberatkan semangat setia kawan dan saling menyokong antara satu sama lain.
Disebabkan itulah, tiada istilah takut untuk keluar berjuang apabila mereka bergerak sebagai satu kumpulan.
Plot kemas, klimaks sederhana
Naskhah arahan Bay ini tidak perlu dipertikai lagi apabila plotnya kemas malah dokumentasi waktu kejadian diperincikan dengan baik.
Bagaimanapun, klimaks-nya tidak cukup kuat untuk buat jantung penonton berdegup kencang.
Ada logiknya ia digambarkan sebegitu kerana pada saat kritis itu berlaku, rakyat Libya terbahagi kepada dua puak. Susah untuk menentukan mana satu boleh dipercayai kerana kebanyakan penduduk di Benghazi menyokong kehadiran pasukan sokongan itu.
Klimaks paling dirasakan hanyalah sewaktu kematian beberapa anggota GRS akibat bedilan peluru berpandu ke markas The Annex. Babak itu menjadi bukti pasukan terbabit sanggup berjuang hing-ga ke titisan darah terakhir.
Apapun, secara teknikalnya sangat mengagumkan apabila situasi sebenar dalam kejadian itu dapat digambarkan dengan jayanya.
13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 17 Mac 2016.
http://www.kakigosip.com/2016/03 ... idak-didendang.html
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|