|
Oleh Fyruz Hanna
Waffle yang sedap adalah waffle yang rangup dan ringan je semasa menguyah. Ada yang menggemari waffle dengan kaya, peanut butter, coklat, jem dan sebagainya. Apa pun kegemaran anda, pastinya ia merupakan snek terbaik semasa minum petang.
Resipi kali ini mudah, waffle pandan. Warna hijau pasti jika anda kreatif, anda boleh pelbagaikan bentuk mengikut kesukaan anak-anak
Bahan-bahannya:
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam
2 sudu baking powder
3 sudu teh gula
2 biji telur
1 1/2 cawan susu suam(SUSU CAIR YANG DI PANASKAN
1/3 cawan mentega cair
1 sudu teh esen vanila
daun pandan(bland bersama air.)
cara membuatnya:
- campurkan tepung dan baking powderdalam bekas berasingan
- masukkan telur,susu cair,mentega,esen vanila,telur dan garam,pukul sampai sebati
- kemudian masukan teung dan baking powder tadi,
- sebelum tu panaskan dahulu bekas waffle iron,supaya tak melekat,
- sebelum tuang adunan tadi pastikan sapu mentega dahulu...ok siap untuk di makan bersama jem,madu,atau aiskrim.
-CARI Infonet. |
|