Wanita bersalin sering dilanda sakit kepala, rasa kabur mata dan kadang kala pitam. Ini semua berpunca apabila waktu berpantang tidak dijaga sebaiknya.
Antara perkara penting yang dilakukan waktu tersebut ialah memakai pilis. Namun, ramai yang culas sebab rasa kurang selesa memakai campuran rempah pada dahi.
Sudahlah boleh menyebabkan habuk masuk mata, wajah pun tampak comot. Bukan begitu? Walhal pilis ini banyak fungsinya.
Ia disapukan memanjang pada dahi untuk menghilangkan rasa pening dan mengelakkan angin masuk ke dalam badan.
Malah, dikatakan pilis ini dapat mengatasi penyakit angin meroyan yang boleh terjadi pada wanita dalam pantang.
Oleh itu, jangan malas-malas memakai pilis. Ibu moden kini lebih beruntung kerana ada pilis moden yang tak perlu lagi dibancuh secara renyah.
Sesetengah produk menyediakan pilis yang telah siap dalam bentuk minyak atau cecair. Hanya sapukan sahaja pada dahi untuk kelegaan ketika berpantang. Di bawah ini contoh pilis moden yang terdapat di pasaran. - CARI Infonet