View: 1266|Reply: 0
|
Walaweh! 5 Perkara Ini Yang Kerap Wanita Berdikari Buat
[Copy link]
|
|
1. Mereka tak abaikan karier
Pertama sekali, wanita yang berdikari dan kuat akan letakkan karier mereka paling utama. Semua orang perlu bekerja keras tak kira lelaki atau perempuan. Tapi wanita yang berdikari akan bekerja keras demi masa depan dan sanggup ketepikan perkara yang tak penting. Tapi buat working mom lagilah boleh dipandang tinggi sebabnya mereka boleh bahagikan masa antara karier dan keluarga dengan baik. Masa bekerja fokus dengan kerja dan bila dengan keluarga beri perhatian sepenuhnya kepada keluarga.
2. Mereka pandai kawal situasi baik dan buruk
Wanita yang berdikari pandai kawal situasi dan takkan biarkan emosi mengatasi segalanya. Mereka berani bersuara dan akan lakukan apa sahaja jika mereka rasakan ia berbaloi. Paling penting, wanita berdikari pantas bertindak apabila hadapi situasi buruk.
3. Tak layan orang yang tak suka mereka
Wanita berdikari ni tak ada masa nak layan orang yang tak suka mereka. Tak kisah lah kat Instagram ke Facebook mahupun Twitter. Laman sosial sekarang lagi banyak bawa negatif daripada positif dan mereka tak kisah akan hal itu. Malah, mereka jadikan segala negativity sebagai motivasi untuk bekerja lebih baik.
4. Mereka tak peduli akan hubungan yang tak sihat
Tak kisah lah sama ada hubungan dengan kawan-kawan ataupun dengan pasangan, tapi wanita berdikari tak akan teruskan hubungan yang lebih membawa keburukan daripada kebaikan. Mereka juga tak akan biarkan diri dipermainkan sesuka hati.
5. Mereka tahu apa yang mereka mahukan dalam hidup
Wanita berdikari tahu apa yang mereka mahu kan dalam hidup dan akan berusaha ke arah itu sehinggakan orang lain akan merasa mereka tak diperlukan. Mereka ada tujuan dan matlamat hidup yang membuatkan mereka sentiasa berada di landasan yang betul.
Sumber: Lifehack
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|