View: 5781|Reply: 4
|
3 Masalah Berkhatan Bagi Kanak-kanak Obes
[Copy link]
|
|
Berkhatan untuk kanak-kanak obes boleh menjadi satu masalah. Ini kerana tisu persekitaran di kawasan kemaluan tebal dengan lemak. Ini menjadikan ‘kepala’ seolah-olah tenggelam ke dalam dan yang tinggal cuma kulit sahaja. Tidak banyak doktor di klinik yang sanggup mengkhatankan mereka yang terlalu obes kerana kesukaran tertentu.
Di sini saya senaraikan 3 masalah utama untuk pemahaman kita bersama.
Masalah 1 : Memberi Bius Setempat
Masalah utama ialah untuk memberi bius setempat. Terdapat saraf-saraf di kawasan sekeliling kemaluan yang perlu dibius supaya berkhatan mudah dijalankan. Adakalanya, kesukaran timbul untuk mengenakan bius setempat di kawasan ini kerana lemak yang tebal. Ini kadangkala, menyebabkan bius boleh terlebih dan menyebabkan tisu menjadi bengkak dan menyukarkan tugas. Adakalanya bius pula terkurang dan pesakit pula boleh merasa kesakitan.
Masalah 2 : Bius habis awal
Kesan ubat bius setempat ialah di antara 90 minit hingga 2 jam. Ubat bius yang diberi bergantung kepada lemak badan. Bagi mereka yang gemuk, ada masanya ubat bius setempat tidak tahan lama. Cucuk sekejap jer dah hilang sakit. Ini kerana secara mudahnya ubat bius larut di dalam lemak lebih cepat.
Masalah 3 : Masa Menjalankan Khatan yang Lebih Panjang
Masalah juga boleh berlaku ketika menjalankan khatan itu sendiri. Kanak-kanak memang secara tabi’inya takut dengan khatan. Siapa tidak? Macamana rasa macho sekali pun, apabila di atas katil berkhatan, pasti peluh jantan akan menitik. Jika tidak, takkan ada yang baru nak khatan bila berumur 25 tahun. Itupun sebab nak kahwin tahun depan. Yang datang untuk temankan khatan pulak tunang sendiri…. Eeeeeeee… malu!!!!
Saya sendiri perlu bantuan dua orang untuk mengkhatankan kanak-kanak yang terlalu obes. Seorang sebagai pembantu dan sorang lagi untuk menekan kawasan lemak di atas kemaluan supaya khatan boleh dijalankan. Itu sekiranya anak tersebut tidak meronta dan menangis. Sekiranya meronta, mungkin 4-5 orang diperlukan untuk membantu memegang dan memujuk.
Dalam masa yang sama, saya juga berdoa supaya tidak ada banyak pendarahan. Oleh itu, di dalam kes khatan untuk anak yang obes, masa untuk berkhatan itu sendiri lebih panjang daripada biasa. Jangan terlupa bahawa kesan bius pula adalah lebih singkat daripada biasa.
Untuk mengetahui potong kulit itu cukup atau tidak, agak sukar dikesan pada peringkat awal. Terutama bagi kanak-kanak yang obes. Ini kerana badan seseorang oleh berubah. Dulu masa kanak-kanak badan gemuk dan tak boleh nampak kaki pun masa berdiri, tapi sekarang bila dah besar, kurus dan slim melim pula.
Bila dah kurus, baru perasan masa doktor potong dulu, kulit tidak banyak dibuang jadi ia kembali tertutup atau tertutup separuh. Jadi fungsi khatan tadi tidak mencapai sasarannya. Saya pernah menceritakan di dalam blog saya tentang kisah seorang guru yang saya khatankan kali kedua kerana kulit kepalanya tertutup semula.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
good info; sesiapa yang obese memang byk masaalah anaesthetics nye |
|
|
|
|
|
|
|
Info yg bagus.ank jiran kat kg hubby gemuk sgt2,
Kecik mmg comel,dh Beso kesian
Mmg hadap perkara sama susah sunat,doc suruh tunggu dulu. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat cousin i dulu susah bebenor nak disunat ebab tok mudim kata anunya termasuk, hiks! |
|
|
|
|
|
|
|
oak.balustrade replied at 11-4-2016 11:33 PM
Teringat cousin i dulu susah bebenor nak disunat ebab tok mudim kata anunya termasuk, hiks!
Sama mcm sy,smpi da besa masih x sunat, |
|
|
|
|
|
|
| |
|