|
Oleh Fyruz Hanna
Cuba lihat sekeliling, adakah tempat kerja anda dikelilingi dengan pencahayaan yang kurang, kekurangan polisi HR, persekitaran yang tak memberi inspirasi.
Persekitaran yang baik dan sihat adalah persekitaran yang cukup pencahayaan, pengudaraan dari luar namun dalam privasi yang terkawal.
Kebanyakkan syarikat tidak menitikberatkan hiasan dalaman namun berharap pekerja dapat memberi tumpuan 100 peratus kepada pekerjaan.
Tanpa sedar sebenarnya syarikat telah membunuh semangat pekerja untuk menjadi lebih kreatif dan lebih memberi fokus dalam pekerjaan.
Untuk anda bekerja dalam keadaan pejabat sebegitu, tambahkan satu atau dua jenis pokok hidup supaya dapat mencipta aura positif. Tapi jangan lupa siram setiap hari ya!.
-CARI Infonet. |
|