CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2669|Reply: 9

mintak nasihat nak buka CAFE

[Copy link]
Post time 18-4-2016 04:57 PM | Show all posts |Read mode
Salam saya nak minta pendapat kawan2 dalam ni.

saya dan isteri ada kerja sendiri sekarang dan kami ada buat bisnes part time dalam grafik design, interior design, kad kahwin, name card dan lain2 lg la.

jadi kami dah mula berfikir nak buka 1 kedai yang berkonsepkan design cafe kira macam 2 dalam 1 la ada workspace/studio untuk kitorang mendesign

dan ada cafe untuk makan2 santai2.

Jadi kat sini nak minta pendapat/nasihat mungkin ada yang dah berpengalaman dalam bisnes kan boleh la share sikit dari segi modal atau cara nak apply lesen perniagaan ke daftar syarikat ke sebagai garis panduan untuk kitorang.

saya dahulukan ucapan terima kasih ye.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-4-2016 05:15 PM | Show all posts
wasalam.

pada pandangan kaka kena kira kos untuk setup dan operasi

lepas itu kira brape target sales

kaka takut nanti design tak kemana sebab nak cover kos cafe

minta pandangan forumer lain


Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 05:15 PM | Show all posts
wsalam..
dari segi modal, kalau boleh gunakan modal yg ada (modal sendiri) dulu..
tak perlu pinjam kat bank atau mana2 pihak, kalau mengikut pengalaman sy sebagai banker, boleh dikatakan 80% start up business yg buat pinjaman tidak mampu membayar balik pinjaman....sudahnya lingkup.
gunakan modal sendiri dulu utk buka biz kecil2an, sekurang2nya kalau biz lingkuppun, takde hutang..
sekian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2016 05:24 PM | Show all posts
zulka replied at 18-4-2016 05:15 PM
wsalam..
dari segi modal, kalau boleh gunakan modal yg ada (modal sendiri) dulu..
tak perlu pinjam ...

terima kasih atas nasihat. kalau saya nak guna modal sendiri rasanya masih belum mampu untuk buka kedai.

biasanya untuk buat pinjaman perniagaan cafe ni akan melibatkan kos berapa banyak ye?

dan ada tak pinjaman yang disediakan oleh kerajaan dengan pembayaran yang x membebankan?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2016 05:29 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 18-4-2016 05:15 PM
wasalam.

pada pandangan kaka kena kira kos untuk setup dan operasi

terima kasih atas nasihat.

itu la kami sekarang ni buat part time tu yang cadang nak buka kedai untuk tambah sales.

target kami nak cuba buat macam vendor boutiqe.

Untuk cafe tu nak letak makanan yang dah 'ready made' je dan kami cuma sediakan air macam coffe dan lain2.

cuma sekarang untuk target customer tu agak samar2 sebab kena cari lokasi yang sesuai dan sewa murah la kan.

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2016 06:53 PM | Show all posts
zamri88 replied at 18-4-2016 05:29 PM
terima kasih atas nasihat.

itu la kami sekarang ni buat part time tu yang cadang nak buka kedai ...

dekat shah alam ada konsep itu

cari kedai almari boutique

belakang dara lamb burger


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2016 01:58 PM | Show all posts
Mia nak nasihatkan hmmm dari pengalaman sendiri....

kalau nak bukak cafe mesti ada savings extra utk survive 6 bulan at least

so duit bukak cafe and running cafe xble mix up

but now...trend cafe ni unless u mmg ada banyak duit and cafe ni sipi sipi business je ....why not u expand dulu servis u and apa yg u nak buat...

i much prefer work mobile...xpayah pikir staff xpayah pikir lain...nak buat cafe ble je....cafe on the go...amek order on line


i am doin now and i can earn at least 5k or more klu rajin , alhamdulillah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2016 12:47 PM | Show all posts
Mia_Sara replied at 19-4-2016 01:58 PM
Mia nak nasihatkan hmmm dari pengalaman sendiri....

kalau nak bukak cafe mesti ada savings extra  ...

terima kasih. boleh terangkan sikit tak konsep mobile tu macam mana? lebih kepada online ke atau banyak join event ke macam mana?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2016 10:05 AM | Show all posts
Edited by Mia_Sara at 22-4-2016 10:09 AM
zamri88 replied at 20-4-2016 12:47 PM
terima kasih. boleh terangkan sikit tak konsep mobile tu macam mana? lebih kepada online ke atau b ...

masa mia bukak restaurant just exactly imagine mcm u ...tp for now high risk   unless your capital is strong

mobile tu...u join foody festival and all kind u yg rasa ble create awareness on what u nak sell off ni....get contacts get cheapest supplier and so on. Bila kita minggle dgn food vendor ni kita akan dpt banyak tips and contacts.

so wud suggest u start apa yg u plan tu proceed but jgn bukak kedai dulu..u buat online. U tepek la apa produk you nak jual and tgk respond how and how u manage costings and sales u.

dari situ u akan tau apa nak buat and so on. start small but konsisten.
but if u focus on advertising like printing and so on. Jgnla bukak kedai dulu klu blm ada customer...establish kan insta tweet and facey pastu belajar guna fb ads tu and betulll mia guna fb ads je...jgn spend banyak but start smart like target a week u spent rm30 so u tgk how many fb posting tu reach audience...pas tu buat flyers and start circulate area umah dulu....bila dah start ada customer baru u go next step...i know we expect all in order but dont risk ur money.


Good luck




Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2016 11:23 PM | Show all posts
Salam,

Bukan nak discourage ya bang, tapi sekarang ni keadaan tak berapa mesra bisnes.

Untuk orang yang belum pernah berkedai (i.e. berniaga dalam kedai, tak kisah la sewa atau beli sendiri bayar bulan kat bank) mungkin rasa macam a move toward having your own physical shop is the natural progression for your business.

tak sebenarnya. Overhead banyak, especially kedai makan, cafe, bakery, kantin (bil letrik terutamanya). Bil letrik akan meningkat seiring dengan peningkatan order/pelanggan. Habis ke situ je. Belum campur lesen iklan, lesen majlis perbandaran, kastam nak cek GST lagi, LHDN datang cek kadang2, KWSP/PERKESO datang cek tengok majikan carum tak untuk pekerja, pekerja pulak kita dah penat2 pegi KWSP masukkan nama dia, dalam dua minggu dia dah cabut, bila kita tangguh nak keluarkan nama dia dari KWSP dan kita tak carum, KWSP pulak kirim surat.

Belum campur kena "paw" lagi dengan kaki2 paw. Ikut area la, kalau area melayu, group mengepaw ni Melayu, biasa datang pakai baju anak jaket belakang ada tulis "Pertubuhan [letak la apa2 kat sini] Islamiyyah" yang penting perkataan Islamiyyah tu ada. Sorry, saya cakap sungguh ni, ni la muka2 yang rosakkan nama agama. Melayu tolong Melayu konon, ppuihhhhh........Diorang bukan mintak derma, paw sungguh. Lagi satu level, bukan paw, tapi minta derma, datang bawak surat itu ini la konon nak derma nenek dia nak bedah pulih dara nak kawin la (boleh rujuk Harian Metro yg lepas2 kalau nak tau pasal scam2 ditujukan kat peniaga ni). Itu belum yang straight forward menipu, datang konon nak pasang mesin air osmosis kat depan kedai la, minta downpayment sikit dulu etc. Bila cakap pasal Cafe, saya assume ada macam jual kek/roti/catering kecil juga la kan, nanti ada la orang datang dan kata "saya dari Hotel/Resort/Chalet/Cafe/Kantin XYZ ni, kami nak outsource la kek,roti,nasi lemak, mee hoon kami kat cafe encik" memang sungguh dari Hotel/Resort tu etc, kita pun hantar, consignment basis, bila nak kejar payment kang, staf dia pun cakap 'manager tak de la, akak yg sign cek tak datang la apa la"........

Jangan tertipu dengan bisnes orang lain...."tengok kedai die ok je bang, siap pakai veilfire lagi, anak sorang sebijik toyota wish".......orang tak cerita masalah, dia ada hutang along berapa....orang tak cerita kedai dia sebenarnya utk money lauundering duit rasuah pakcik die...orang tak cerita "ini kedai ni nenek aku dah habis bayar, beras aku seludup, minyak masak gred F, telur aku beli telur pecah, letrik aku curik adik ipar aku eletrician tolong hack switch, air sambungan haram beb"............orang pun tak cerita " bisnes aku running on losses sebenarnye".......orang tak cerita "ko tau berapa kali kereta aku kena tarik"........yang orang cerita "bisnes kitorang untung"..........

Saya setuju dengan komen mia_sara kat atas tu....start online dulu...ambik order la, nasik lemak ke, karipap ke ape ke......overhead jadi overhead rumah je, rate electricity dengan air untuk premis commercial lain (lebih mahal) dari rate rumah, so gunakan la rumah...

Zaman sekarang ni, petua bisnes dulu2 (the most important thing is location, location,location) dah tak boleh pakai dah, sekarang kalau produk, duduk kat ceruk pun orang carik yang penting tiga huruh - WWW -......online presence bro....saya rasa brader orang grafik bab2 grafik mesti gempaq punya, gunakan kelebihan kat situ la bro....

Saya cakap ni based on pengalaman sendiri bro....tapi saya tak serik meniaga, semua ni asam garam hidup meniaga la...cuma saya bagitau supaya ada orang boleh ambik iktibar.......rezeki semua Allah bagi bro, tapi strategi kena ada bro, kena rancang, tak boleh main terjun je...macam brader buat ni ok la, tanya orang dulu....tapi kalau boleh try tanya saudara atau member rapat yang betul2 dah berkedai, tanya apa masalah/kelebihan ada kedai ni......

Anyway, all the best la bro..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 04:35 PM GMT+8 , Processed in 0.059682 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list