Gara-gara geram dengan gangguan bunyi radio yang dibuka terlalu kuat, seorang lelaki yang panas baran bertindak mencampak botol kaca yang berisi bahan mudah terbakar ke dalam rumah jiran dihadapan rumahnya selepas selesai bertengkar.
Oleh kerana satu-satunya pintu keluar dihalang oleh api yang sedang marak, jiran yang terdiri daripada tiga sekeluarga tidak ada jalan untuk menyelamatkan diri. Akibatnya seorang ibu dan anak perempuannya terkorban dalam kebakaran itu dengan keadaan saling berpelukan disaat menemui ajal.
Suami dan bapa kepada mangsa yang terkorban juga maut akibat terjun dari rumah dalam keadaan terbakar.
Manakala individu yang bertindak membakar rumah itu turut ditemui mati akibat membakar dirinya setelah kembali ke rumah.
Kejadian yang penuh tragis itu berlaku pada awal pagi Sabtu lalu di sebuah apartmen di Hong Kong.
sumber foto: google image
Menurut laporan, suspek yang bertindak membakar rumah jiran itu merupakan seorang warga emas yang dikatakan menghidapi penyakit jiwa. Dia pernah dipenjarakan akibat disabitkan kesalahan dalam kes tetak sehingga mengakibatkan mangsa cedera parah pada 4 tahun lalu.
Tiga anggota sekeluarga yang menjadi mangsa kebakaran adalah Wong Chi Keung dan isterinya Ng Xian Yean yang masing-masing berumur 26 tahun. Anak perempuan mereka pula bernama Wong Yi Lin berumur 3 tahun.
Difahamkan, ibu dan anaknya itu datang ke Hong Kong berjumpa suaminya pada Isnin lalu.
Menurut penduduk tempatan, kedua keluarga itu telah bermusuhan sejak dulu lagi dan pernah beberapa kali mereka bergaduh akibat gangguan bunyi radio yang dibuka terlalu kuat.
Ketika pertelingkahan, ada pihak memberi amaran keras: " Percaya tak saya akan bunuh semua keluarga awak!"- CARI
Post time 18-7-2016 06:01 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Area puchong . Umah lama dulu selalu je halwa telinga dihidangkan dgn lagu2 tamil pasang kuat2. Dan rasa cam dieorg ni lepas makan campak pinggan dari tingkat 13 kot . Kuat giler bunyi
Post time 19-7-2016 01:34 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Mendapatlah kan...
Area rumah aku jenis rajin karoeke , kalau radio aku terima lagi.. sedaplah juga kan.. karok dahlah suara azab.. paling melampau pukul 3 pagi kau jadah karok lagi? Haihh.. menyampah aku pagi petang siang malam.. datang baran aku nanti ,aku bakau je
Post time 19-7-2016 12:45 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Nasib baik la seja 2008 aku duduk kuarters guru ni,x de benda yg menykitkan berlaku.senyap sunyi je sepanjang masa kecuali bunyi org bertukang dn alih perabut je
Post time 19-7-2016 05:57 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dulu kat rumah yg lama.. Pernah ada jiran macam nih.. My dad mula2 tak kesah.. Tp makin mnejadi plak lama2.. Siap karok2 lagi dlm rumah.. My dad tegur terus masam muka sampai lah we all pindah dr situ..