CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9436|Reply: 101

“Ini Festival Filem Malaysia bukan Festival Filem Melayu!”- Presiden PENULIS

[Copy link]
Post time 5-8-2016 10:18 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO



Sumber foto: http://www.themalaysiantimes.com.my/





“Mengapa Finas dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mewujudkan kategori rasis?"


Memetik laporan Malaysiakini, persoalan tersebut disuarakan oleh Presiden Persatuan Lakon Layar Kuala Lumpur dan Selangor (PENULIS), Alfie Palermo berhubung kewujudan pengasingan dalam kategori filem terutama membabitkan Bahasa Melayu dan bukan bahasa kebangsaan dalam Anugerah Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM28).


Tambah beliau pengasingan itu benar-benar berada di tahap membimbangkan dan turut mempersoalkan di manakah konsep 1Malaysia yang disarankan oleh kerajaan.


Tegas beliau, pencalonan festival filem berkenaan perlu diraikan secara menyeluruh dengan menyatakan: “Ini festival Malaysia bukan festival Melayu!” sebaliknya tidak perlu termaktub bagi satu kaum sahaja.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2016 10:33 AM | Show all posts
kalau pasal filem kecoh tak nak asing2 tapi bila bab sekolah tak nak pulak bising buat satu sekolah kebangsaan aje, tak perlu srkjc atau srkjt ...  
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 11:06 AM | Show all posts
Senarai penuh calon bagi Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM 28) telah diumumkan dan ia megundang kontroversi apabila kategori utama iaitu Lakon Layar Terbaik, Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik dibahagikan kepada dua kategori , Bahasa Malaysia dan Bukan Bahasa Malaysia.

Malah, filem yang mempunyai jalan cerita dan ulasan terbaik iaitu Ola Bola dan Jagat  tidak tercalon dalam kategori Filem Terbaik FFM 28 sebaliknya mewujudkan kategori Filem Terbaik Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia.

Ia sekaligus mencetuskan rasa tidak puas hati Persatuan Lakon Layar Kuala Lumpur dan Selangor yang menganggap pembahagian dua kategori itu sebagai tindakan rasis.

    Mengapakah FINAS Malaysia dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) mewujudkan kategori yang rasis seperti Filem Bukan Bahasa Melayu?

    Dimanakah FINAS Malaysia dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dalam memupuk semangat perpaduan dalam Sinema Malaysia? Dimanakah konsep 1Malaysia yang disarankan oleh kerajaan?

    Ini Festival Filem Malaysia, bukan Festival Filem Melayu!

    Sebagai penulis lakon layar professional, kami melihat pencalonan FFM makin memalukan Negara tahun demi tahun, dan dengan ini kami memohon agar FINAS Malaysia sebagai pengelola acara ini merombak semula mekanisme pencalonan serta penapisan pemilihan pencalonan untuk acara yang sepatutnya menjadi acara kemuncak industri filem Malaysia.

PENULIS juga juga mempersoal pencalonan filem “Suamiku Encik Perfect 10” dan “Mat Moto: Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit” dalam kategori Lakon Layar Terbaik sekaligus membuktikan Festival Filem Malaysia masih berada di takuk lama.

Bukan itu sahaja, beberapa netizen juga turut bersetuju bahawa pencalonan FFM28 kali ini agak “pilih kasih”.

Berikut senarai penuh pencalonan FFM 28:

FILEM TERBAIK FFM28
NOTA
POLIS EVO
MUNAFIK
MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
JEJAK WARRIORS

FILEM TERBAIK BUKAN DI DALAM BAHASA MALAYSIA
OLA BOLA
MARAVAN
JAGAT
HUAT THE FISH
THE KID FROM THE BIG APPLE

PENGARAH TERBAIK FFM28
GHAZ ABU BAKAR / POLIS EVO
SAW TEONG HIN / JEJAK WARRIORS
SHAMYL OTHMAN / REMBAT
SYAMSUL YUSOF / MUNAFIK
WAN HASLIZA WAN ZAINUDDIN / LOVE SUPERMOON

PENGARAH TERBAIK (FILEM BUKAN DI DALAM BAHASA MALAYSIA)
CHIU KENG GUAN / OLA BOLA
JESS TEONG / THE KID FROM THE BIG APPLE
PUVANENDRAN SELVARAJA / MARAVAN
SHANJHEY KUMAR PERUMAL / JAGAT
YEE KWAN HUAH & SILVER / HUAT THE FISH

PENGARAH BAHARU TERBAIK
FEROZ KADER / SUAMIKU ENCIK PERFECT 10
PEKIN IBRAHIM / MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
SHANJHEY KUMAR PERUMAL / JAGAT
JESS TEONG / THE KID FROM THE BIG APPLE
DAVEN RAGHAVAN / CCTV

PELAKON WANITA TERBAIK
LISA SURIHANI / SUAMIKU ENCIK PERFECT
MAYA KARIN / NOTA
MAYA KARIN / JWANITA
NABILA HUDA / MUNAFIK
NADIYA NISAA / LOVE SUPERMOON

PELAKON BAHARU WANITA TERBAIK
FALISHA CROSLEY / MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
MARIANNE TAN / OLA BOLA
NUR RISTEENA / GIRLFRIEND KONTRAK
RAJA ILYA / SUAMIKU ENCIK PERFECT
ZARA ZYA / REMBAT

PELAKON LELAKI TERBAIK
AARON AZIZ / SUAMIKU ENCIK PERFECT
ANIU / REMBAT
PEKIN IBRAHIM / MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
SHAHEIZY SAM / POLIS EVO
ZIZAN RAZAK / POLIS EVO

PELAKON BAHARU LELAKI TERBAIK
ADAM SHAHZ / JUVANA 2 – TERPERANGKAP DALAM KEBEBASAN
CHE AMAR / CHOWRASTA
KEITH FOO / GIRLFRIEND KONTRAK
MAS KHAN / BIASAN
SARAN KUMAR / OLA BOLA

PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK
ADELINE TSEN / GAMATISME
AMINAH RHAPOR / CHOWRASTA
ANNE NGASRI / LOVE SUPERMOON
CHRISTINA SUZANNE / JWANITA
FAUZIAH DATO’ AHMAD DAUD / LANGIT CINTA

PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK
RAMLI HASSAN / NOTA
AZAD JAZMIN / GIRLFRIEND KONTRAK
HASNUL RAHMAT / JUVANA 2 – TERPERANGKAP DALAM KEBEBASAN
HUSHAIRI HUSAIN / POLIS EVO
SRI  BALASUBRAMANIAM / OLA BOLA

PELAKON KANAK-KANAK TERBAIK
ALIFF FIRDAUS / JEJAK WARRIORS
HARVIND RAJ / JAGAT
RYQAL ISKANDAR / CICAKMAN 3
SHIVATHARAN NAMBIAR / OLA BOLA
TAN QIN LIN / THE KID FROM THE BIG APPLE

CERITA ASAL TERBAIK
OLA BOLA
REMBAT
MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
JAGAT
THE KID FROM THE BIG APPLE

LAKON LAYAR TERBAIK FFM28
NOTA
SUAMIKU ENCIK PERFECT
POLIS EVO
MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
LOVE SUPERMOON

LAKON LAYAR TERBAIK (FILEM BUKAN DI DALAM BAHASA MALAYSIA)
OLA BOLA
THE KID FROM THE BIG APPLE
HUAT THE FISH
MARAVAN
JAGAT

SINEMATOGRAFI  TERBAIK
POLIS EVO
BRAVO 5
MUNAFIK
MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
JAGAT

PENYUNTING TERBAIK
OLA BOLA
JAGAT
THE KID FROM THE BIG APPLE
POLIS EVO
MUNAFIK

PENATAAN SENI TERBAIK
JAGAT
BRAVO 5
OLA BOLA
HUAT THE FISH
THE KID FROM THE BIG APPLE

PENATAAN BUNYI TERBAIK
REMBAT
POLIS EVO
MUNAFIK
MAT MOTO – KAMI MAT MOTO BUKAN MAT REMPIT
VILLA NABILA

KESAN VISUAL KHAS TERBAIK
KAPSUL
OLA BOLA
MUNAFIK
CICAKMAN 3
THE NOISE

PEREKA KOSTUM/BUSANA TERBAIK
OLA BOLA
CICAKMAN 3
BRAVO 5
THE KID FROM THE BIG APPLE
POLIS EVO

SKOR MUZIK ASAL TERBAIK
CHOWRASTA
JWANITA
PILOT CAFÉ
OLA BOLA
MUNAFIK

LAGU TEMA ASAL TERBAIK
NUR ZAIDI ABD RAHMAN – LANGIT CINTA (DAYANG NURFAIZAH)
SYAMSUL YUSOF – KALAH DALAM MENANG (SYAMSUL YUSOF & MAWI)
EDRY ABDUL HALIM – ADIWIRA (ZIZAN RAZAK & KRU)
NUR ZAIDI ABD RAHMAN – UNTUK CINTA (DAYANG NURFAIZAH)
ZEE AVI & RENDRSA ZAWAWI – ARENA CAHAYA (ZEE AVI)

Sumber Berita : Facebook Alfie Penulis
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 11:15 AM | Show all posts
Ada yang rasa tergugat le tu tak pun takut member baik kalah
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Jarang ikut FFM, dah bukan zaman aku..tapi juri yang paling bodoh aku rasa FFM 1991 pelakon komedi terbaik jatuh pada arwah Zami Ismail filem " Mat Som"
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 12:10 PM | Show all posts
cm_matjawasp replied at 5-8-2016 11:33 AM
Jarang ikut FFM, dah bukan zaman aku..tapi juri yang paling bodoh aku rasa FFM 1991 pelakon komedi t ...

1991
i tgh tadika
kenapa u kata camtu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-8-2016 01:05 PM | Show all posts
rasis mende...bahasa kebangsaan tu bahasa malaysia...bukan milik org melayu je...

kalau festivel film indo, french, vietnam...tapi yg dibawakn filem berbahasa asing yakni bukan indo, french or vietnam, x ke pelik??
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Afdlin pun boikot ffm bodo ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2016 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Academy awards jua membuat pengasingan bahasa right?
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 01:43 PM | Show all posts
racist dan malaysia berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 02:34 PM | Show all posts
aHoi83 replied at 5-8-2016 01:28 PM
Academy awards jua membuat pengasingan bahasa right?

yg bahasa asing tu sah2 filem luar

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver replied at 5-8-2016 12:10 PM
1991
i tgh tadika
kenapa u kata camtu..

Sebab dalam filem tu arwah Zami berlakon watak serius.tak ada satu pun scene komedi.tapi menang pelakon komedi terbaik..tak pelik ke???
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 02:50 PM | Show all posts
dinopower replied at 5-8-2016 02:34 PM
yg bahasa asing tu sah2 filem luar

tak leh imajin mat moto rangkul pelem terbaik kalahkan ola bola




Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 02:58 PM | Show all posts
kecimpret replied at 5-8-2016 02:50 PM
tak leh imajin mat moto rangkul pelem terbaik kalahkan ola bola

tgk tajuk pun dah geli
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
brownstone replied at 5-8-2016 05:05 AM
rasis mende...bahasa kebangsaan tu bahasa malaysia...bukan milik org melayu je...

kalau festivel  ...

Tepat sekali! Saya sokong pendapat dan kenyataan anda. (Mod berbahasa kebangsaan )
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
dinopower replied at 5-8-2016 02:34 PM
yg bahasa asing tu sah2 filem luar

Oh ye la. Maklomla i olls tk berapa mengikuti perkembangan kesenian ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2016 03:51 PM | Show all posts
brownstone replied at 5-8-2016 01:05 PM
rasis mende...bahasa kebangsaan tu bahasa malaysia...bukan milik org melayu je...

kalau festivel  ...

..taleh compare france vietnam semua tuh, 2 different situations & conditions ....

Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 04:05 PM | Show all posts

l

india buat filem bahasa india
dah macam kat negara india

cina buat filem bahasa cina
dah macam kat negara cina

hanya melayu yang hasilkan filem berbahasa melayu
sebagai identiti filem malaysia

sebab itu filem2 melayu secara automatik
adalah filem malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 04:16 PM | Show all posts
Pelakon Afdlin Shauki hari ini membuat satu tindakan yang mengejutkan apabila beliau mengumumkan akan memboikot  Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM 28) kerana tidak bersetuju dengan tindakan mereka yang mengasingkan kategori Filem Terbaik  kepada dua bahagian iaitu Filem Bahasa Malaysia dan bukan Bahasa Malaysia.

    Maaf, tahun ini saya boikot FFM.

    Bila agaknya rakyat Malaysia tak kira bangsa akan betul-betul dihargai karya-karya seni mereka sebagai karya Malaysia. Semoga berjaya kepada semua yang tercalon!!! Semoga berjaya juga kepada semua pihak FFM.

Isu ini turut membangkitkan kemarahan dan rasa tidak puas hati Persatuan Lakon Layar Kuala Lumpur dan Selangor yang menganggap pembahagian dua kategori itu sebagai tindakan rasis.

Malah, filem yang mempunyai jalan cerita dan ulasan terbaik iaitu Ola Bola dan Jagat  tidak tercalon dalam kategori Filem Terbaik FFM 28.

Beberapa pihak menyifatkan senarai pencalonan penuh FFM 28 kali ini agak pilih kasih kerana wujudnya orang dalam yang ingin mengetengahkan filem terbitan mereka sendiri

Sumber Berita : malaysiakini
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 04:53 PM | Show all posts
amira_safia replied at 5-8-2016 10:33 AM
kalau pasal filem kecoh tak nak asing2 tapi bila bab sekolah tak nak pulak bising buat satu sekolah  ...

betull....ak setuju.....tang pasal skola ampa xmo la sanggup sekali kan...blambak sgt sjkc n sjkt....mana initiatif nk pupuk perpaduan kalo dari kecik lagi dh celah belah...bila ada suara yg sentuh isu ni..abis semua sentap..last2 kan campak g tmpt pdalamana semua..aduyai....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.081068 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list