|
Oleh : TS LOO
Errk, sungguh menjijikkan!
Sebuah restoran di Singapura yang menjual sup daging kambing, setelah diberitahu pelanggan dalam supnya terdapat tikus mati, difahamkan pemilik restoran masih juga menghidangkannya kepada pelanggan yang lain.
sumber foto: Akaun FB Quek Yong Peng
Mangsa kejadian dikatakan ketika menjamu selera di sebuah restoran yang bertempat di Jalan Besar, terkejut mendapati dalam sup daging kambing yang dipesannya terdapat seekor tikus yang telah mati.
Tikus tersebut ukuran saiznya kira-kira 5 hingga 6 sentimeter, setelah sedar terdapat tikus dalam supnya, mangsa segera memanggil pemilik restoran. Akibat perkara ini, pemilik gerai mohon maaf beberapa kali dan segera pulangkan semua bayaran kepada mangsa tersebut.
Namun demikian, apabila mengetahui tauke restoran berkenaan masih menghidangkan sup tikus mati itu kepada pelanggan lain, mangsa tersebut rasa geram dengan tindakan pemilik restoran yang tidak beretika itu, justeru bertindak memuat naik perkara tersebut di laman facebook untuk makluman semua pihak.
Selepas menikmati sup tikus mati itu, mangsa dan kawannya habis muntah keluar di tepi jalan, namun demikian mereka tidak mengalami sebarang masalah keracunan makanan.- CARI
sumber berita : Akaun FB Quek Yong Peng |
|