View: 8778|Reply: 68
|
Redha menang 3 anugerah di Rusia
[Copy link]
|
|
Redha Menang Tiga Anugerah Di Festival Filem Rusia
PETALING JAYA: Filem Redha arahan Tunku Mona Riza sekali lagi mencipta sejarah apabila memenangi tiga anugerah di Festival Filem Antarabangsa Kazan yang berlangsung di Kazan, Rusia pada Isnin.
Naskah berkenaan meraih dua anugerah khas iaitu Anugerah Khas Pengkritik Filem Rusia dan Anugerah Khas Pilihan Presiden Republik Tatarstan Untuk Kemanusiaan Dalam Sinematografi.
Redha turut membawa pulang trofi Pelakon Lelaki Terbaik yang dimenangi oleh tiga peneraju utama karya tersebut iaitu Nam Ron, Harith Haziq dan Izzy Zulkhazreef.
Pada Julai lalu, Redha yang mengangkat kisah tentang kanak-kanak autisme turut memenangi dua anugerah di Festival Filem Filipina 2016 yang berlangsung di Manila, Filipina.
Filem itu meraih anugerah dalam kategori utama iaitu Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan aktres Jun Lojong dan Anugerah Khas Juri.
Isteri kepada pelakon Namrom ini dipilih memenangi anugerah tersebut berdasarkan watak seorang ibu yang penyayang dalam menghadapi pelbagai cabaran membesarkan anaknya yang menghidap autisme.
Anugerah Khas Juri diterima oleh Tunku Mona yang berjaya mengetengahkan emosi dalam filem tersebut sehingga sampai kepada penonton.
Redha telah ditayangkan diseluruh pawagam Malaysia pada 14 April 2016 lalu dan diterbitkan oleh Current Pictures Sdn Bhd.
Filem ini turut menampilkan barisan artis Namron, Harith Haziq dan Izzy Reef sebagai kanak-kanak autisme, Nadiya Nisaa, Remy Ishak, Ruminah Sidek, dan Susan Lancester.
Dalam perkembangan sama, Redha turut tersenarai sebagai calon bagi Anugerah Merit di Festival Filem Kesedaran Los Angeles 2016 yang akan berlangsung pada 6 hingga 16 Oktober depan.
- mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah..semoga masyarakat Malaysia akan menyokong filem berat/kemsayarakatan/kemanusiaan.
Tahun 90 kebawah banyak je filem kemanusiaan.masyarakat dibintangi oleh artis terkenal tapi sejak 2000an..dunia perfileman dikuasai MIG maka banyak tol filem sampah yang dilakonkan oleh pelakon2 yang takde gred langsung. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah...
terbaik film ni...
sempat tak untuk hantar ke pencalonan OSCAR 2017..
* nape tak hantar filem yang baru2 ni menang FFM filem munafik atau mat motor ke pertandingan di russia
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu waktu redha tayang kat sini iols tak sempat tengok. Pegi cinema tengok ade pukul 630 pm je. Tak dapat tengok takut tak sempat maghrib. Rasanya dia tayang seminggu ke dua minggu je kan. Sedih betul |
|
|
|
|
|
|
|
festival filem macam ni normally movie dorang by invitation, bukannye sebab malaysia hantar ke bende...silap2 geng2 dorang jugak yang promote to be invited utk screening kat festival2 kat luar sana..
oscars tu tak payah la cite.. malaysia tak willing lagi nak keluarkan duit tu appoint distributors kat US sana... filem luar negeri ke America ni lain, kite membayar utk di siarkan bukan dibayar utk disiarkan.. unless kalau malaysia ni mmg powerhouse country yang produce film2 berkualitu macam europe, japan ke iran ke, then the story changes.
Anyway tahniah redha.. ni la cite yang aku rasa, tak pernah nak buat controversi macam cite Pekak Badak tu.. tak payah nak rogol2 bagi tayang bebende tak helok utk orang, tapi still orang acknowledged.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Redha , mengharumkan nama negara |
|
|
|
|
|
|
|
TAHNIAH SIS...
ADE KENA MNGENA DGN MNE2 KERABAT KE DIA NI |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah buat Redha dan teamnya
|
|
|
|
|
|
|
|
Sepintas lalu baca tajuk benang, ai tot Mat redho. Maapkan ai
Apa pun, tahniah REDHA. Mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah..tp akubxtgk lg film ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihkan filem mcm sampah n di lakonkan pelakon sampah selalu menang anugerah.. filem bagus mcm redha & pekak tak pernah dapat anugerah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Filem Filipina baru baru dapat anugerah kat venice filem ...
dan dah masuk pencalonan awal OSCAR 2017...tak tahu sangkut ke tidak OSCAR 2017
tahniah Filipina...
negara hura hara pun mampu buat filem bagus
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah....iol pun belum tengok,kejap sangat tayangan kat cinema sini |
|
|
|
|
|
|
|
bangga membacanya |
|
|
|
|
|
|
|
harap harap next year 2018 adalah filem MALAYSIA sangkut kat OSCAR 2018
OSCAR 2017 filipina dah tersenarai calon awal..
AND THE PREDICTED NOMINEES ARE
“The Salesman” – IRAN
“Toni Erdmann” – GERMANY*
“Between Sea and Land” – COLOMBIA
“From Afar” – VENEZUELA*
“Elle” – FRANCE
OTHER TOP-TIER CONTENDERS
“Junction 48” – ISRAEL
“The Lure” – POLAND
“Sand Storm” – ISRAEL
“Ma’Rosa” – PHILIPPINES
“Barakah Meets Barakah” – SAUDI ARABIA*
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah.
mujur masih ade filem malaysia yg takde kaitan dgn rempit or hantu.
|
|
|
|
|
|
|
|
tahniah. semoga ramai lg produser yg akan menerbitkan filem2 yg bermutu.
dah boring dgn filem2 sampah mig dan yg sewaktu dgn nya |
|
|
|
|
|
|
|
wow tahniah redha! baru macam nak tengok
|
|
|
|
|
|
|
|
min pun tk sempat nk tgk redha ari tu... minat ngan nadya nisaa.. lama dh ig dia tk update, since keguguran ari tu... apa kabar la agaknya..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|