Wanita mana yang tidak mahu kelihatan cantik berseri setiap masa. Tetapi tidak semua orang bernasib baik dilahirkan cantik atau mempunyai wang yang banyak untuk mendapatkan rawatan, atau membeli produk kecantikan yang berkualiti.
Dunia ini sememangnya adil, dimana ada kemahuan disitu pasti ada jalan. Tidak mempunyai banyak wang tidak mengapa kerana banyak petua-petua kecantikan secara alami yang telah diamalkan sejak zaman nenek moyang telah terbukti keberkesanannya.
Lebih mengukuhkan lagi bukti-bukti ini, kisah seorang wanita cantik bernama Sahira Lim pasti buat anda teruja. Sahira mendakwa ramai mengganggap beliau masih belasan tahun walhal umurnya tidak seperti yang disangkakan. Namun wanita cantik ini tidak loket berkongsi rahsia kecantikannya. Nak tahu apa petua alami yang diamalkan? baca perkongsiannya dibawah ini.
Bayangkan!! Anak menakan ( anak buah ).. Terperanjat bila ira bagitau umur ira 24 tahun!!.😂😂..
Ira ingatkan muka Ira ni nampak macam 30 tahun pada pandangan anak buah .rupanyaaa.. Dia ingatkan ira baru 19tahun!!!...
Hahaha... Bukan dia je.Ramai lagi yang nampak ira ni awet muda.. Ingatkan Ira budak sekolah pun ada tau!!.. Mungkin sebab Ira ni kecik, kurus dan awet muda.. Haaa...
Kita ni malas nak kongsi rahsia awet muda kita...tapi takpe la berkongsi kebaikan pun merupakan satu ibadah jugak kan?.. Nah kita nak share rahsia kecantikan kita!!..
Khasiat air rawatan traditional:
- Dalaman wanita
- Mengurangkan keputihan
- Seri wanita
- Awet muda
- Keluarkan aura positive
-Beri tenaga dan mencantikkan luaran kita..
Resepi air rawatan tradisional
4 ulas kunyit saiz 2 inci ( merawat luka dalaman)
Seulas halia saiz 2 inci ( membuang angin)
Sebiji buah manjakani ( mengetatkan bahagian dalaman wanita)
Sesudu asam jawa ( mengempiskan perut)
Sedikit gula merah (saje letak gambar besar )
Semua bahan-bahan tak kisah sangat nak pakai banyak mana sebenarnya, cuma hati-hati dengan manjakani sebab pahit
Tumbuk kunyit dan biji manjakani, dan hiris halia. Nak tumbuk halia pun boleh tapi ira tak suka rasa tajam halia kalau tumbuk sekali.
Rebus halia, kunyit dan biji manjakani dengan 2 cawan air. Tunggu sampai mendidih.
Once dah mendidih, tambah dengan air asam jawa. Ira campur asam jawa tadi dengan dua cawan air jugak. Biar sampai mendidih lagi.
Once dah mendidih sekali lagi, letak gula merah. Gula merah ni tujuan dia untuk kurangkan rasa pahit manjakani tu. Kalau korang jenis suka pahit-pahit ni, tak perlu letak pun takpe. Ni pun biarkan mendidih, dan tunggu air kering sedikit dalam suku dari jumlah air asal, boleh tutup api dan tunggu sehingga sejuk.
Bila dah sejuk, dah boleh tapis and simpan dalam belas bertutup. Tadaaaaa!! Pati jamu anda dah siap~~
Minum seminggu satu hingga tiga kali sebelum sarapan. Ira amalkan minuman ni dan juga pil buatan sendiri... Senang.. Homemade je... Terjamin selamat untuk badan.. - CARI
Post time 29-9-2016 07:13 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Dah tulis manjajani tu bg ketat
Npe lak bg ank dara minum...
Dah longgar ke?
Ada terjumpa tred lama dlm forem ni ckp ank dara x elok amalkn sgt manjakani..
2mggu sekali elok la gitu..
dulu hakak rajin jugak amik jamu..tapi semenjak emak disahkan mengalami kerosakan buah pinggang dan sekarang dia terpaksa buat dialisis hakak dah stop..bagi gap..sebab doktor cakap one of sebab buah pinggang emak rosak sebab masa muda2 dia kuat makan jamu...
Post time 29-9-2016 09:27 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Sbnrnya ni utk dalaman je.utk kulit muka tak membantu sgt pun. I minum jamu ni(asam kunyit),sedap. ada 1 lagi jamu manjakani+sirih,yg ni pahit. Rasanya kat indon banyak je jual tepi jalan. Biasa i beli kat chowkit,beli pagi masih suam2.
Hahaha.. Ini baru kelakar of the day namanya. Rahsia tips awet muda sangat..macam la ko tu tua sangat dik oii..lain la kalau umur dah cecah 50-60 tapi masih bergetah gitu..Ni alahai..baru 20+ kot..fefeling sangat adik ni..cer tunggu umur 40-50 nak tengok..awet muda ke idok?