Selepas mengalami penutupan baru-baru ini, Loji Rawatan Air Semenyih sekali lagi terpaksa ditutup bermula 10 pagi hari ini.
Ini adalah berikutan pencemaran yang dialami di kawasan Sungai Semenyih sehingga menyebabkan bau kurang menyenangkan dikesan di situ pada 11 malam tadi, seperti yang diperkatakan oleh Exco Pelancongan Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Elizabeth Wong.
"Loji Rawatan Air Semenyih akan beroperasi semula apabila tiada pencemaran bau," ujarnya kepada Utusan Malaysia.
"Kes ini telah dirujuk kepada Jabatan Alam Sekitar untuk tindakan selanjutnya termasuk tindakan undang-undang.
"Selain itu, bagi perniagaan atau premis yang disahkan mengakibatkan pencemaran, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan membatalkan semua lesen dan hentikan semua operasi perniagaan," terangnya lagi. - CARI
Ditutup Lagi, Loji Rawatan Air Semenyih Didapati Tercemar
|