Siapa yang tak gemar makan sambal ikan bilis lebih-lebih lagi jika sambal petai ikan bilis, memang sedap sampai siap meratah.
Tapi pernah tak anda makan sambal ikan bilis letak terung pipit? Mungkin ada yang tertanya-tanya, buah terung pipit tu macam mana bentuknya?
Terung Pipit
Terung Pipit juga dikenali sebagai Terung Rembang, Terung Manggul adalah tumbuhan liar tapi boleh dimakan. Biasanya ia dimakan mentah ataupun dicelur untuk dijadikan ulam. Kalau tak pernah rasa dan teringin nak cuba bagaimana rasa sambal terung pipit, ikut resepi dibawah ini. Resipi dipetik dari Nora Shah.
Bahan-bahan:
300 gm ikan bilis [goreng garing]
100 gm terung pipit [goreng]
1 s/b cuka
garam
gula
minyak
Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak dan gorengkan bahan mesin sehingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan cuka dan sedikit gula dan garam. Kacau rata.
3. Bila nampak naik minyak dan garing masukkan ikan bilis dan terung pipit.
4. Siap untuk hidangan.
Post time 4-10-2016 08:11 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Penah makan. Sesikit boleh la. Kalu,banyak sangat terung pipit tu dalam sambal ikan bilis saya x suka. Lagi suka sambal bilis kentang or sambal ikan bilis petai je.
Post time 6-10-2016 05:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
pocongkiutss replied at 6-10-2016 05:26 PM
Alamak jauh benor..tak dpt den nak tolong
tu lah kan... wlupun org slalu kta yg Malaysia Brunei nie serumpun, kdg2 aku tk fhm bahasa dorang even if aku nak stu2 benda tu, either aku cri english words dia atau tunjuk gmbr... kdg dpt, kdg tak dpt apa yg aku nak tu... sabar je lah :zz