|
Bernama, sebentar tadi melaporkan, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah menyempurnakan pemasyhuran gelaran baginda menerusi Istiadat Menjunjung Duli di Balairung Seri, Istana Alam Shah di Klang.
Sumber foto: Bernama
Istiadat itu dilakukan sekembalinya Tengku Amir Shah ke istana bagi menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Selepas dimasyhur pada 8 Oktober lepas, Tengku Amir Shah keluar meninggalkan negeri selama tujuh hari seperti amalan yang ditetapkan.
Turut dipersembahkan Tengku Amir Shah semasa menjunjung duli adalah bingkisan cenderamata kepada ayahanda baginda sambil disaksikan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, yang turut berangkat ke istiadat berkenaan.
- CARI
|
|