"Nyanyian kamu ada salah tempat tadi. Tetapi feel kamu menyanyikan lagu itu okay."
Itu komen Datuk Ramli MS untuk persembahan Elly Mazlein di konsert ketiga Gegar Vaganza musim ketiga (GV 3).
Sumber foto: Carian Google
Bagaimanapun, Elly mendakwa dirinya menghidap penyakit misteri menyebabkan tumpuannya terganggu dan terlupa lirik semasa mempersembahkan lagu bergenre dangdut, Perawan Atau Janda.
Elly mengatakan sejak minggu pertama rancangan itu berlangsung, keadaannya masih sama walaupun selepas melakukan pemeriksaan dan mengambil suntikan sebelum persembahannya.
"Sampai sekarang kesihatan saya tidak menunjukkan tanda-tanda akan pulih dan batuk juga masih tidak berhenti. Begitupun, saya tidak menyalahkan keadaan kesihatan sebagai punca saya gagal memberikan persembahan yang terbaik. Sebaliknya, ia berlaku mungkin kerana saya hilang fokus," katanya kepada Berita Harian Online.
Sumber foto: IG Elly Mazlein
Atas nasihat kawan dan peminat, dia mengambil keputusan berjumpa seorang ustaz bagi mencari punca sebenar kesihatannya yang belum pulih.
"Sebelum ini, saya juga pernah meminta seorang ustaz untuk melakukan rawatan dan saya agak terkejut apabila dimaklumkan, ada orang jauh 'menghantar' sesuatu kepada saya sejak minggu pertama pertandingan berlangsung.
"Buat masa sekarang, ustaz yang saya jumpa itu membekalkan saya dengan ayat-ayat al-Quran yang perlu dibaca bagi menghalang 'benda' itu daripada terus-terusan mengganggu," katanya lagi.
Elly bagaimanapun enggan menyalahkan sesiapa yang bertanggungjawab membuatkan dirinya menderita sakit.
Adakah benar Elly ditimpa musibah hingga menyebabkan dirinya menderita sakit, atau hanya sebagai menarik simpati juri dan peminat? Apa-apapun, semoga dia berjaya mengharungi dugaan hidup ini. - CARI |