CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9740|Reply: 112

[Tempatan] dungun: suami isteri hidap kanser

[Copy link]
Post time 12-11-2016 05:04 PM | Show all posts |Read mode
Suami, isteri hidap kanser
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/suami-isteri-hidap-kanser-1.584400

NURUL ZAILA MOHD TAHIR
11 NOVEMBER 2016

[url=]
[/url]








Muhammad Fahzan Izani bersama anak -anak dan isterinya yang juga diagnosis menghidap leukemia tahap 1.


DUNGUN - Seorang ketua keluarga kini bertarung nyawa melawan sakit kanser paru-paru tahap empat yang dihidapi sejak dua tahun lalu.
Muhammad Fahzan Izani Ibrahim, 35, yang juga bapa kepada tiga anak berkata, penyakit dihidapi adalah dugaan paling besar baginya tambahan pula isterinya, Azuraida Mohammad, 34, terlebih dahulu disahkan menghidap leukemia.


Dia yang sebelum ini bertugas di sebuah syarikat swasta di Kuala Terengganu terpaksa berhenti kerja kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan.
Menurutnya, pada awalnya dia mengalami batuk berdarah yang berterusan tetapi doktor tidak dapat mengesan penyakit kanser dihidapi sehinggalah dia mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta.


“Saya mula mengalami batuk-batuk sehingga berdarah pada Mac 2014 dan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Doktor mengesyaki saya menghidap Tibi tetapi apabila ujian dibuat didapati ianya negatif.
“Selepas itu mereka syak saya terkena jangkitan kuman di paru-paru tetapi tiada keputusan sebenar. Setelah agak lama menunggu status penyakit dihidapi saya ke sebuah hospital swasta di Kuala Terengganu dan akhirnya diagnosis menghidap kanser paru-paru tahap empat," katanya.


Muhammad Fahzan berkata, dia kemudiannya disarankan membuat kemoterapi di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan sesi kemoterapi bermula 27 Oktober 2014.


“Setelah menjalani kemoterapi sebanyak enam sesi, keadaan kesihatan saya bertambah stabil dan saya boleh bekerja seperti biasa,” katanya ketika kunjungan Adun Paka, Satiful Bahri Mamat di kediamannya di kampung Paya Dusun, Batu 5.


Kanser merebak ke otak, tulang belakang
Bagaimanapun, selepas beberapa bulan dia terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana sel kanser sudah mula merebak ke kepala dan tulang belakang.
“Mei 2016 saya terpaksa berhenti kerja kerana keadaan kesihatan sudah semakin teruk dan sekarang saya perlu menjalani rawatan kemoterapi kali kedua.
“Sesi pertama sudah dilakukan akhir September lalu dan akan diikuti lima lagi sesi.


“Sekarang saya berehat di rumah dan masih mampu menguruskan diri sendiri, manakala isteri bekerja sebagai pembantu pengurusan murid di salah sebuah sekolah rendah di Dungun.


“Keadaan kesihatan isteri masih lagi baik dan dia dikesan menghidap leukemia tahap satu ketika mengandung anak bongsu kami yang kini berusia tiga tahun.
“Dia sudah menjalani rawatan termasuk mengambil sampel air tulang belakang dan perlu mengambil ubat dari semasa ke semasa,” katanya.
Alami masalah kewangan
Kata Fahzan, dia tidak pernah menyangka akan diuji sedemikian rupa dan sekarang kehidupan mereka sekeluarga agak kesempitan kerana banyak wang perlu dikeluarkan untuk berubat.


“Alhamdulillah saya ada mengambil insurans dan sebahagian kos rawatan ditanggung.
“Bagaimanapun ia tidak mencukupi kerana banyak urusan dan keperluan lain perlu dilakukan tetapi saya sudah tidak mampu mencari rezeki.
“Ketika kemoterapi kali pertama satu sesi menelan kos kira-kira RM7,000 dan enam sesi mencecah RM42,000.


“Ketika itu memang agak sukar dan duit simpanan habis serta terpaksa meminjam untuk membayar rawatan.
“Alhamdulillah rawatan kemoterapi kali kedua menggunakan ubat lain dan satu sesi bayarannya tidak sampai RM1,000.
“Memang mustahil tiada masalah kewangan kerana rumah dan kenderaan juga masih lagi dalam proses pinjaman serta setakat ini memang kami tidak memohon apa-apa bantuan,” katanya.


Harap usia panjang
Besar harapan Fahzan sebagai seorang bapa untuk melihat anak-anaknya membesar di depan mata dan berdoa supaya umurnya masih panjang.
“Kalau ikutkan saya hanya mampu bertahan enam bulan sahaja tetapi setelah menjalani rawatan Alhamdulillah usia masih panjang sehingga ke hari ini.
“Selagi bernafas, saya akan terus berusaha membuat rawatan supaya dapat menjaga anak-anak sehinggalah mereka besar.
“Ketiga-tiganya masih kecil, malah isteri juga menghidap penyakit agak berbahaya.


“Yang penting saya perlu sabar, berusaha dan berdoa kerana sudah tiada jalan lain untuk mengatasi masalah ini, ”katanya.
Adun Paka hulur sumbangan ringankan beban
Sementara itu, Satiful Bahri turut melahirkan rasa simpati terhadap nasib keluarga berkenaan dan berharap keadaan kesihatan lelaki itu semakin pulih.


“Sesi ziarah ke rumah pesakit atau golongan kurang bernasib baik memang kita laksanakan dari semasa ke semasa. Dengan cara ini mereka akan lebih bersemangat dan kita sama-sama merasai beban ditanggung.


“Walaupun tidak besar, sumbangan diberi diharapkan dapat meringankan beban keluarga ini. Diharapkan masyarakat di luar sana juga prihatin dan sama-sama membantu,” katanya.
Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh salurkan ke akaun Maybank 563091005313 di atas nama Muhamnad Fahzan Izani.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2016 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih membaca.
Semoga keluarga ini berjaya mengatasi segala kesulitan hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2016 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by famri7 at 12-11-2016 09:44 AM

Semoga postif dlm treatment.berusha jgn murunh dan emo.makan coklat, cari hobi supaya happy
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2016 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuat dugaan keluarga ini ..moga dipermudahkan
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2016 05:59 PM | Show all posts
Kesian... lung cancer stage 4 slalu mmg x lama. Dugaan family ni berat sgt...  semoga segalanya dipermudahkn... Aminn...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2016 06:01 PM | Show all posts
dah try minum kencing unta? kurma ajwa?   
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-11-2016 06:08 PM | Show all posts
tetibe teringat aruah mak iols ...

semuga keluarga ini tabah ...
kena always positive ...
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2016 06:12 PM | Show all posts
Simpati dgn mereka...bagusnya berusaha dan tak meminta2 walau beliau sebenarnya layak menerima bantuan..ai doakan semoga diringankan beban keluarga ini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2016 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian mereka dan anak2
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2016 06:22 PM | Show all posts
pesakit tidak sembuh kerana tidak berdoa pada tuhan   
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2016 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 12-11-2016 05:04 PM
Suami, isteri hidap kanser
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/suami-isteri-hidap-kanser ...

Smg mereka kembali sihat..*so sad
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2016 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
God_Eater_3 replied at 12-11-2016 06:22 PM
pesakit tidak sembuh kerana tidak berdoa pada tuhan

Dahlah acom..kalau kau xde tuhan pon mati tetap mati.you cant live forever..atlist have mercy sketlah.
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2016 06:43 PM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 12-11-2016 10:40 AM
Dahlah acom..kalau kau xde tuhan pon mati tetap mati.you cant live forever..atlist have mercy sket ...

bukan ateis yg bagi kanser kat mereka... tuhan kamu lah yg kejam   
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2016 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
God_Eater_3 replied at 12-11-2016 06:43 PM
bukan ateis yg bagi kanser kat mereka... tuhan kamu lah yg kejam

So kalau ko mampus sape plak kejam?mother nature?
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2016 06:48 PM | Show all posts
mokcikKSKB replied at 12-11-2016 10:44 AM
So kalau ko mampus sape plak kejam?mother nature?

sbb sains belum dapat jawapannya lagi..... ko nie terlalu bodoh kan?  
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2016 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
God_Eater_3 replied at 12-11-2016 06:48 PM
sbb sains belum dapat jawapannya lagi..... ko nie terlalu bodoh kan?

Aku dh ada jwpn..kau yg xde.sape yg bodoh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-11-2016 06:50 PM | Show all posts
Kata Fahzan, dia tidak pernah menyangka akan diuji sedemikian rupa dan sekarang kehidupan mereka sekeluarga agak kesempitan...

Apa jenis ujian pun tak tau lah kalau dah dua2 kena kanser. Anak2 plak halus2 lagi.....



Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2016 06:52 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 12-11-2016 10:50 AM
Kata Fahzan, dia tidak pernah menyangka akan diuji sedemikian rupa dan sekarang kehidupan mereka sek ...

rezeki dari tuhan....... sedangkan ulat dlm batu pun boleh hidup.....  
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2016 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga di permudahkn utk kluarga ni. Kesian
Reply

Use magic Report

Post time 12-11-2016 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..apa sebabnye ye..faktor pemakanan ke atau keturunan ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 06:24 PM GMT+8 , Processed in 0.075407 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list