Malam tadi, laman sosial Facebook, Malaysian Indian Viral News memuat naik sebuah foto dan video memaparkan kejadian ragut berlaku di Seremban.
Kejadian berlaku semalam (Ahad), pada jam 6 petang, apabila seorang lelaki Melayu cuba meragut barang kemas (thali kodi) seorang wanita India.
Bagaimanapun, cubaannya untuk meragut wanita berkenaan gagal apabila seorang lelaki India menghalang dan merempuh motor peragut itu dengan keretanya.
Bertambah malang apabila lelaki itu turut diikat dan dibelasah oleh saksi di tempat kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis.
Sumber video: FB Malaysian Indian Viral News
Perkongsian video berkenaan mendapat perhatian ramai netizen. Walaupun ramai yang bersetuju dengan tindakan saksi menangkap dan memukul peragut berkenaan, namun ayat 'bodoh punya Melayu' yang dilontarkan kepadanya menimbulkan rasa tidak puas hati bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Melayu, malah netizen lain yang berbangsa India juga beranggapan sikap perkauman ditunjukkan saksi adalah melampau.
Sumber foto: FB Malaysian Indian Viral News
Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum. Sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan, dia tetap akan dihadapkan ke muka pengadilan. Persoalannya, mengapa masih ada segelintir pihak yang masih bersifat perkauman? - CARI |