Edited by anaz87 at 20-2-2017 04:28 PM
"Saya MOHD AIDIEL BIN MOHD YUSRI seorang driver grabcar telah mengambil penumpang 3 org warganegara arab pada 12 februari 2017 jam 5.35 menggunakan aplikasi grabcar. lokasi pickup adalah dari mcdonalds bukit bintang menuju ke the face suites platinum.
Dalam perjalanan di jln sultan ismail di salah satu traffic light salah seorang telah mengarahkan saya utk belok ke kanan di mana di situ adalah jalan sehala dan tidak boleh belok. saya berkeras tidak mahu ke kanan dan hanya jalan terus sahaja. lelaki itu marah lalu menumbuk muka saya.
Saya memberhentikan kenderaan secara tiba2 kerana terkejut dgn tindakan mereka. lalu mereka keluar dari kereta dan menyerang kereta saya sehingga menendang side mirror sehingga patah. dan mereka pun berlalu pergi tanpa membuat sebarang bayaran.
Tindakan polis : Saya telah membuat report polis tapi polis hanya menganggap kes saya adalah remeh temeh sehingga menyuruh saya tarik report walaupun tuntutan ganti rugi pada saya masih belum dapat tindakan grabcar : Grabcar hanya mampu memberikan detail penumpang tanpa mahu bertanggungjawab atas apa yg berlaku terhadapa saya. Persoalannya di sini. apakah jaminan yg bole diberikan terhadap driver2 grabcar ?"
|