Kan dah terkena! Dua penjenayah bertemu buku dengan ruas apabila tewas di tangan mangsa ragut dan rogol mereka. Bukan itu sahaja, kedua-dua suspek yang juga pandatang tanpa izin terbabit koma selepas leher mereka patah diserang mangsa, Alice Lien Hua, 20.
Menceritakan detik pengalamannya itu kepada Kelab Info Malaysia, Alice dalam perjalanan pulang dari rumah saudaranya di Penampang, Sabah, sebelum memberhentikan kenderaannya di tepi jalan kerana merasakan seperti diekori dua individu menunggang sebuah motosikal.
Tanpa berasa takut, Alice turun dari kenderaannya untuk bersemuka dengan suspek, namun seorang daripadanya mengeluarkan sebilah pisau dan menarik gadis itu ke arah kawasan bersemak. Sementara itu seorang lagi suspek masuk ke dalam kereta mangsa untuk mengambil begnya. Dari situlah berlaku pergelutan di antara mereka bertiga.
Namun, kedua-dua suspek tidak bernasib baik kerana mangsa memiliki ilmu pertahanan diri dan mampu menumpaskan suspek sehingga menyebabkan mereka koma di tempat kejadian.
Tiga anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Inanam, Kota Kinablu yang tiba mengesahkan suspek merupakan pendatang asing dan tidak mempunyai dokumen identiti yang sah.
Suspek yang masih koma ketika itu dibawa ke KPJ Luyang sementara Alice dibawa ke pejabat polis Kota Kinabalu bagi membuat laporan penuh.
Rata-rata netizen memuji keberanian dan kejayaan Alice menjatuhkan penjenayah.
"Macam ni yang kita mahu dengar! Penjenayah mampu ditewaskan!" komen seorang netizen.
Foto: FB Kelab Info Malaysia
Dalam zaman di mana keganasan dan jenayah berleluasa, setiap individu seharusnya didedahkan dengan seni pertahanan diri supaya mampu melindungi diri sendiri kelak. - CARI
Foto: FB Alice Lien Hua
Foto: FB Kelab Info Malaysia
|