Besarnya kuasa Tuhan, terlalu banyak tempat dan pemandangan cantik di atas muka bumi ini. Malah, banyak lagi tempat cantik yang tidak berapa dikenali di kalangan pelancong kerana agak sukar untuk menjejakkan kaki ke sana.
Walau apapun, beberapa gambar ini cukup untuk membawa anda mengelilingi dunia untuk mencuci mata.
1. Blagaj, Bosnia-Herzegovina
Foto: Brightside/RossHelen
Foto: Pinterest
Perkampungan kecil ini terletak di antara air terjun kecil dan dikelilingi tasik biru. Memang suatu pemandangan mendamaikan.
2. Huacachina, Peru
Foto: Brightside/depositphotos
Huacachina merupakan sebuah bandar oasis di tengah-tengah padang pasir yang luas. Ia mengambil masa lima jam perjalanan dari ibu negara Peru, Lima. Bandar ini sesuai bagi mereka yang mahu menjauhkan diri dari kesesakan orang ramai kerana ia hanya didiami seramai 200 penduduk sahaja.
3. Pulau Marieta, Mexico
Foto: Pinterest
Foto: Tourism on the Edge
Pantai tersembunyi (Playa de Amor) ini adalah pantai rahsia dengan airnya yang sangat jernih dan menjadi habitat pelbagai jenis burung. Hanya beberapa minit perjalanan menaiki bot merentasi gua, pengunjung akan menemui pantai yang sangat menakjubkan ini!
4. Popeye Village, Malta
Foto: Brightside/Tobias Scheck
Foto: chevron.co.uk
Perkampungan Popeye ini terdiri daripada rumah-rumah kayu kecil yang pada asalnya dibina sempena sesi penggambaran filem muzikal Popeye pada 1980. Kini ia dijadikan sebagai sebuah resort dengan taman hiburan, kapal layar di sekeliling teluk. Anda pasti terpegun melihat keindahan pemandangan di perkampungan ini, bukan?
5. Taman Negara Lencois Maranhenses, Brazil
Foto: Amusing Planet
Foto: When On Earth
Terletak di pinggir Lautan Atlantik timur laut Brazil, beribu lagun biru ini akan muncul di antara bukit pasir setiap kali tiba musim hujan.
6. Setenil de las Bodegas, Sepanyol
Foto: Brightside/depositphotos
Foto: Youtube
Pekan kecil ini terletak di dalam batu di selatan Sepanyol berkurun lamanya! Pekan ini diberi julukan oleh penduduk tempatan sebagai "pekan di bawah batu". Dinding dan bumbung rumah merupakan sebahagian daripada batu kehitaman terbentuk daripada leleran gunung berapi yang melindungi penduduk daripada panas mentari.
7. Gua Saint Marcel d’Ardeche, Perancis
Foto: Brightside/Grotte de Saint Marcel d'Ardèche
Terletak dalam kawasan Rhone di Pergunungan Alps, gua ini ditemui oleh seorang pemburu Perancis pada 1836.
Dapat tengok gambar tempat-tempat menarik dan mempesonakan ini pun sudah cukup buat kita mengagumi mahakarya Sang Pencipta. - CARI |