|
Edited by shiedafaizal at 25-4-2017 11:02 PM
Lawak Kalut Orang Kedah!
Ada 4 orang sahabat dok kat kedai makan tepi stesen keretapi Aloq Setaq. Depa dok tunggu keretapi nak pi Kolumpo. Dalam dok syok sembang, keretapi sampai. Salah sorang dari kawan depa tu kalut angkat beg.
"Hang kalut apa? Keretapi baru ja sampai, dia tak jalan lagi aihh.. dia nak jalan, dia bunyi wisel dulu, satgie kita pi la". Kata salah sorang dari depa.
Depa sambung sembang balik.
Tiba-tiba wisel berbunyi, 4 orang tu pun berjalan kearah keretapi, cuma salah sorang dari depa bawak beg banyak, dia terlambat kat belakang.
Depa punya kalut lari takut keretapi jalan.
3 orang dok ligan tu dah naik, tinggai sorang takdan naik lagi. Depa pun dok kalut panggei kawan depa, suruh naik cepat.
Keadaan jadi kelam kabut.
Yang sorang ni pun lari laa.. takut kena tinggai.
Tapi disebabkan beg banyak, dia terjatuh dan keretapi pun jalann..
Dia bangun dengan muka tensen, dan tiba-tiba dia gelak sesorang, makin lama makin kuat.
Stesen master yg dok perati kejadian tu pun naik heran, dia pi tanya kat mamat sorang ni.
"Awat dik"
"Terlepaih keretapi" dia jawab.
"Habih tu pasaipa hang gelak, patut sedih la"
"Macam mana saya tak gelak, yang nak pi Kolumpo tu saya, tapi depa pulak kalut pi lari naik, depa tu mai hantaq saya ja"
Ha ha ha ha ha..
**Tu laa kalut sungguh! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|