|
Selepas berpisah pada tahun 2014, diva tersohor Mariah Carey dikatakan tetap bekerjasama dengan bekas suaminya, Nick Cannon untuk membesarkan anak-anak mereka.
Keduanya memiliki kembar, Roc dan Roe yang baru sahaja menyambut ulang tahun ke-6 baru-baru ini. Malah, dalam beberapa temubual kedua-dua Mariah dan juga Nick tidak pernah menyorok hubungan baik mereka. "Co-parenting at its finest," puji para peminat mereka.
Terbaru, memetik laporan Life & Style, ada sumber memberitahu penyanyi lagu We Belong Together itu kini bakal kembali kepada cinta lamanya itu, iaitu tidak lain Nick yang sememangnya dilihat begitu secocok dari dulu.
Mariah yang baru melancarkan syarikat rakaman di bawah namanya, Butterfly MC Records sebelum ini pernah bertunang dengan James Parker, seorang billionair namun putus di tengah jalan. Malah, cinta terbarunya dengan Bryan Tanaka iaitu penari latarnya juga terlerai baru-baru ini.
"Mereka merasakan seperti ditakdirkan bersama. Walau apa pun terjadi, dengan siapa pun Mariah bercinta, dia tetap akan pergi kepada bekas suaminya, Nick akhirnya," ujar sumber itu.
"Mariah ingin berkahwin lagi dan dia berasa Nick adalah satu-satunya lelaki itu," kata sumber itu lagi.
Wah, nampaknya doa para peminat untuk melihat kedua pasangan ini kembali semula sebagai suami isteri, bakal tercapai? Apa pun, semoga Mariah mampu mengecapi bahagia semula dalam percintaan! "You can make it dahhling!" - CARI
Foto: Carian internet
|
|