Tiada siapa mampu menafikan keenakan masakan Bangkok, Thailand serta gedung membeli belah yang menawarkan pelbagai barangan menarik dengan harga yang murah di sana.
Namun semua itu sudah biasa dan 'cliche', apa kata kalau ke Bangkok nanti cabar diri anda dengan mengunjungi beberapa destinasi yang dikatakan 'keras' dan seram.
Mungkin berbaloi untuk menambahkan pengalaman. Jom semak tempat apa yang paling seram ada di sini.
1. Baiyoke Hotel tower 2
Foto: Bangkok.com
Anda rasa kesunyian dan keseorangan? Menginap sahajalah di sini bersama 'teman ghaib'. Walaupun hotel ini adalah salah bangunan tertinggi di Asia Tenggara, ramai yang mendakwa mengalami kejadian aneh di sini. Bahkan pada tahun 2012, ada tiga orang staf yang jatuh secara misteri dari tingkat 68 bangunan ini.
2. Ghost Tower
Foto: Travelog.me
Bangunan ini menerima julukan sebagai tempat kesukaan syaitan-syaitan di Bangkok. Bangunan yang terbengkalai ini sepatutnya dibangunkan sebagai sebuah apatmen mewah, namun banyak kecelakaan yang berlaku. Bermula dari arkiteknya yang didakwa membunuh, tanah kawasan ini juga dahulunya adalah tempat perkuburan kuno. Menurut sumber Okezone,ada satu jasad yang mati tergantung dan membusuk ditemui di sini.
3. Lapangan Terbang Suvarnabhumi
Foto: www.orientalescape.com
Terkejut bukan? Sebenarnya ia bukan kisah yang baru kerana kebanyakan pekerja ini memang tahu benar mengenainya. Tapak lapangan ini juga dulunya kawasan perkuburan.Hati-hati bila mahu ke tandas, takut terserempak dengan Poo Ming, jelmaan orang tua yang menjaga kawasan kubur dahulu.
4. Kuil Mae Nak
Foto: Thaiworldview.com
Kisah seorang isteri bernama Mae Nak ini memang sangat popular di Thailand. Apa yang seram adalah Mae Nak sudah meninggal dunia namun suaminya yang baru balik dari berperang langsung tidak mengetahui tentang kematian isterinya itu. Hantunya dikatakan berkeliaran menjalani kehidupan seperti manusia biasa. Jadi bagi anda yang mahu melihat sendiri penampakannya secara langsung, bileh kunjungi kuil Mae Nak yang terletak di Jalan Sukhumvit.
5. Muzium Forensik
Foto: Happytrips.com
Muzium ini dipenuhi dengan organ dan tubuh manusia yang telah menjalani hukuman mati atau orang yang meninggal disebabkan pelbgai penyakit. Bukan sahaja tubuh orang dewasa, malah tubuh kanak-kanak penuh di sini. Disebabkan itu, ramai yang pernah mendengar tangisan dan roh anak-anak kecil ini bermain dalam muzium.
Bagaimana, agak-agak cukup berani atau tak nak cuba pergi salah satu destinasi di atas? Ayuh, jangan jadi pengecut! -CARI |