Nantikan drama adaptasi novel Mencintaimu Mr. Photographer karya Emma Mariam yang akan menyaksikan gandingan utama Syafiq Kyle dan Hannah Delisha. Drama bersiri terbitan MIG Production Sdn Bhd ini mendapat sentuhan pengarah berkaliber Eyra Rahman. Akan disiarkan di saluran Astro Ria pada bulan Julai nanti dalam slot Mega Drama, menggantikan Hero Seorang Cinderella.
TARIKH / MASA : Julai 2017
SIARAN : Astro Ria 104 & HD 123
PENULIS NOVEL : Emma Mariam
PENGARAH : Eyra Rahman
TERBITAN : MIG Productions Sdn Bhd
PELAKON : Syafiq Kyle, Hannah Delisha, Arash Mohd, Marisa Yasmin, Ariz Lufias, Aishah Azman, Amy Mastura, Elvina Chua, Ikmal Amry
WATAK PELAKON
Syafiq Kyle sebagai Jemy
Hannah Delisha sebagai Aira Qaisara
Arash Mohd sebagai Tan Sri Megat
Marisa Yasmin senbagai Marlia
SINOPSIS MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER
Aku dah jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat.
“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?” – Jemy
Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal!
“Saya nak kerja sini.” – Aira
Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.
“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”
Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.
Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.
Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka?
Iols tertengok kemarin sblm citer SMPAHraya tu start.
Ni bukan 1st ep kan? Ape maksud tayangan perdana? citer HSC tu da abes ke belum?
Sori byk soal uols plakk...
I pun enjoyed Aira. Comel! Nasib tak kayu walaupun baru. Klau tidak mampus iols ngutuk.
Was expecting watak Jemy to shine but karektor Aira ni bleh tahan gak can hold her own.
Waaaaa....tq2 lupa daaaa is
Wattt ??? daddy dah curang dgn mummy rasa mcm baru je daddy kawen dgn mummy seblm kita puasa ritue ni dah kawen senyap2 pulak
Minggu raya pun tak lyn HSC?
Tu yg lupa daddy nk main leps raya ni
Apalah endingnya.....ko lyn tak cita tu?nnt2 smbg tgk HSC....
Post time 3-7-2017 12:14 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Check in siap2
Nk try follow citer ni ... Tp x nak letak apa2 harapan coz team mmp sama je ngan team pkmv ...pelakon da hebat tp storyline lompat2 katak ....kalau la kalau terrrrrr sama