CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8617|Reply: 97

[Tempatan] Ziarah perkuburan Kristian di pagi Raya jadi viral

[Copy link]
Post time 1-7-2017 06:29 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA: Lelaki yang memuat naik gambarnya menziarahi kubur bapanya yang beragama Kristian pada hari raya sehingga tular di media sosial mempunyai alasan sendiri berbuat demikian.

Putra Rayyan Firdaus Marcellus, 35, berkata, beliau sudah bersedia dengan segala kemungkinan, termasuk dikecam netizen apabila membuat posting tersebut, tetapi menegaskan ia bukan sengaja mahu ditularkan untuk mencari publisiti.

"Bukan niat suka-suka nak viral, sebenarnya ada maksud tersirat di sebalik gambar-gambar itu.

"Di Sabah dan Sarawak ini bukan masalah besar, tapi bagi yang tak faham, mereka akan melihatnya sebagai pelik, sebab itu ada yang kecam saya," katanya kepada mStar Online, Sabtu.


Rayyan yang tinggal di Cheras, Kuala Lumpur berkata sudah menjadi kewajipan untuk beliau melawat kubur bapanya, mendiang Adrian @ Andugi Jungot setiap kali pulang ke kampung halamannya di Tenom, Sabah.

Jelasnya, ketika pulang berhari raya baru-baru ini, beliau telah mengunjungi kubur bapanya pada hari raya ketiga dan salah seorang anak buahnya telah merakamkan beberapa keping gambar.

"Saya muat naik gambar-gambar itu di Facebook untuk tatapan ahli keluarga, tak sangka ada yang 'share' dan jadi viral sebab saya Facebook saya tak 'private'.

"Terima kasih kepada yang faham maksud tersirat gambar itu, kepada yang kecam saya, tak apa saya tak marah sebab memang semuanya bermula daripada saya juga," katanya.


Menurut Rayyan, ibu dan bapanya adalah penganut agama Kristian dan beliau memeluk Islam ketika berusia 17 tahun.

Bapanya meninggal dunia pada 2014 kerana sakit tua.

"Ibu dan lima adik-beradik saya juga Kristian, tetapi saya dan dua lagi adik-beradik bersama datuk, nenek dan kebanyakan saudara-mara sebelah ibu beragama Islam.

"Walaupun berlainan agama, hubungan kekeluargaan tak pernah putus, kasih sayang tetap sama, cuma berbeza pegangan...itulah yang mahu saya sampaikan melalui gambar itu," katanya.

Bercerita lanjut, Rayyan berkata ibunya, Nora Allim, 70, juga terbuka dengan anak-anaknya yang beragama Islam dan tidak pernah menganggap agama sebagai penghalang hubungan kekeluargaan.


"Ibu tak kisah kami buat rumah terbuka Aidilfitri di rumahnya, setiap kali raya memang kami adik-beradik dapat sokongan keluarga," katanya.

Bagaimanapun, tidak semua netizen mengecam apa yang dilakukan Rayyan.

Ada juga yang memuji sikapnya tidak pernah melupakan bapa kandungnya walaupun sudah tiada dan berbeza agama.

Malah, ada juga yang berkongsi kisah mereka yang hampir serupa dengan Rayyan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2017 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sebu1 at 1-7-2017 07:04 PM

Semue bende nk kecam org islam ni: mcmle YG mengecam tu pasti ke syurge:zz
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa isunya disini? Mengong betul.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 06:33 PM | Show all posts
masyrakat dah semakin faham..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarler dia nak lawat kubur bapak dia...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 06:37 PM | Show all posts
Ade yg kecam ke?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2017 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
So whats the issue? Sbb bapaknye kristian. Hadoi. ni pun nak kecam ker.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ramai yg kecam,  terutamanya ketuanan melayu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2017 06:51 PM | Show all posts
Ada rasa nya kalau baca ayat dia
"Terima kasih kepada yang faham maksud tersirat gambar itu, kepada yang kecam saya, tak apa saya tak marah sebab memang semuanya bermula daripada saya juga," katanya.
suka baca jawapan dia .. sangat matang

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 06:54 PM | Show all posts
Kenapa dia harus di kecam?

Walaupon bapanya seorang kafir laknatullah dan bakal menjadi tungku atau kayu apa neraka dan akan kekal didalamnya, tak salah anaknya melawat kubur bapanya itu.

Cuma pemuda itu haruslah berjaga jaga supaya tak rosak akidahnya dan tidak melakukan perkara yang di larang agama seperti mendoakan kebaikan untuk orang kafir laknatullah dsbnya!

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 07:16 PM | Show all posts
Yang kecam tu confirm sendiri tak pasti kenapa dia melawat kubur....

atau mungkin dia ingat itu rukun aidilfitri lepas ziarah kubur baru sah melantak lemang..... agama melayu katakan....



Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita semua dari keturunan kapir pemakan babi...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 07:29 PM | Show all posts
Ibu tak kisah kami buat rumah terbuka Aidilfitri di rumahnya, setiap kali raya memang kami adik-beradik dapat sokongan keluarga
Ibu Rayyan ni tak takut kena kecam dengan ummah Kristian ka buar raya open house lagi....



Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 07:45 PM | Show all posts
sebu1 replied at 1-7-2017 06:31 PM
Semue bende nk kecam org islam ni: mcmle YG mengecam tu pasti ke syurge:zz

Jgn laa gitu bro. Islam tidak sempit seperti kamu sangka. Bahkan mamat yang ziarah makam bapa beliau tu adalah tidak slah.

Kita patut maki marah  orang ymg tertutup minda dan bertindak sesuka hati tersebut sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 07:51 PM | Show all posts
Mashalah..orang islam melawat makam kafir lahanat? Dah la pakai baju melayu dan bersongkok!

Adakah dia sebenarnya yahudi menyamar melayu isle..untuk memburukan bangsa dan agama?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 07:58 PM | Show all posts
Gilanya orang Melayu islam sekarang..benda ni pun nak ditularkan dan dikecam. Perangat PPRT sungguh.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2017 07:58 PM | Show all posts
aku kagum sebab dia tak kesah dikecam masyarakat penghuni syurga firdaus yang di mana bidadari 72 ekor sedia menanti, semata-mata ingin melepaskan rindu dengan melawat kubur ayahnya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok jer....dah kubur bapak dia...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 08:18 PM | Show all posts
isele kalau tgk menerusi spektrum pemikiran melayu kepam ereb wannabe nampak  sgt lekeh dan kampongan.

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2017 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Babi mana yg kecam org ziarah kubur bapak sendiri?  :
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 06:54 AM GMT+8 , Processed in 0.051247 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list