CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5893|Reply: 34

[SBS] Nothing To Lose - Park Eun Bin, Yeon Woo Jin, Dong Ha

[Copy link]
Post time 14-10-2017 06:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dauswq at 23-10-2017 11:45 AM

Yeon Woo Jin akan meredakan amukan hakim Park Eun Bin dalam SBS Nothing To Lose?
by        daus    ·                            Published October 14, 2017              · Updated October 14, 2017   

Yeon Woo Jin. Park Eun Bin

Menarik sinopsis drama terbaru terbitan SBS iaitu Nothing To Lose yang akan menggandingkan Park Eun Bin dan Yeo Woo Jin bersama kerana biasanya hakim merupakan seorang yang bertimbangrasa, penyabar dan sentiasa menjaga prestijnya tersendiri bagi memastikan “rullings” atau penghakimannya mudah diterima orang ramai.

Namun, drama SBS Nothing To Lose akan menggambarkan perspektif hakim yang berbeza disebabkan personaliti unik dimiliki oleh hakim itu sendiri iaitu sifat pemarah, yakni cepat panas hati. Hakim dinamakan sebagai Lee Jeong Ju bakal dilakonkan oleh aktress Park Eun Bin, merupakan seorang yang begitu tetap dengan pendiriannya, tidak mudah berubah hati dek hujah-hujah sinikal atau picisan dilontarkan dalam mahkamah, dan akan menyerang mereka dengan amukannya sekiranya mendapati situasi mahkamah tak terkawal. Lee Jeong Ju menjadi begini kerana dia begitu tegar untuk menegakkan pembelaan terhadap kes kematian abangnya yang tak dapat diselesaikan gara-gara mereka yang berkuasa. Jika diamati perwatakan Lee Jeong Ju ini, timbul rasa pelik kerana hakim seperti ini pastinya ditolak awal-awal lagi. Tapi mungkinkah “resume” kelayakan Lee Jeong Ju ini tak boleh dinafikan lagi lalu dipermudahkan laluannya ke suruhanjaya kehakiman?

Yeon Woo Jin pula dilaporkan akan membawakan watak sebagai hakim Mahkamah Seksyen Seoul, menjadi pesaing kepada Lee Jeong Ju.  Beliau seorang berjiwa murni, penyabar dan mengimpikan menjadi seorang hakim yang dihormati oleh semua orang.

Ini merupakan drama pertama Park Eun Bin sebagai heroin setelah memegang watak pembantu selama ini. Beliau dikenali dengan Song Ji Won dalam kedua-dua siri Age of Youth terutamanya Age of Youth 2 yang mana ramai menjangkakan beliau akan merebut pencalonan Best Supporting Actress mana-mana anugerah pada tahun ini. Beliau turut tercalon Best Supporting Actress 3rd CARI Kdrama Awards selaku Lady Hyegyeong dalam SBS Secret Door. Yeon Woo Jin pula agak aktif membintangi drama tahun ini bermula dengan bos yang anti-sosial dalam tvN Introvert Boss dan King Joongjong dalam KBS Queen for Seven Days. Masing-masing masih mempertimbangkan tawaran lakonan diberikan.

Drama ini bakal diarahkan oleh pengarah baru, Lee Gwang Young iaitu pembantu pengarah SBS Entertainer. Tiada maklumat mengenai penulis, hanya dinamakan sebagi Seo In kerana mungkin juga beliau seorang maknae. SBS Nothing To Lose akan disiarkan selepas SBS While You Are Sleeping berakhir.

https://kmania.info/2017/10/14/yeon-woo-jin-akan-meredakan-amukan-hakim-park-eun-bin-dalam-sbs-nothing-to-lose/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-10-2017 08:39 PM | Show all posts
mcm best... lambat lg
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2017 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
masdiana-ana replied at 14-10-2017 08:39 PM
mcm best... lambat lg

Tak lama je kan? Slps drama cine bukit dambaan @ismaha & suzy tu abis.  
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 01:04 AM | Show all posts
dauswq replied at 15-10-2017 12:32 AM
Tak lama je kan? Slps drama cine bukit dambaan @ismaha & suzy tu abis.

tak sangka plk dia minat cina bukit aku ingat dia minat kim nal gil jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2017 01:13 AM | Show all posts
masdiana-ana replied at 15-10-2017 01:04 AM
tak sangka plk dia minat cina bukit aku ingat dia minat kim nal gil jer..

dia naib presiden kelab pencinta cine bukit semalaya , kau tak tau ke?
ni dida yg dakwa lah.. bile tah dilantik nya

ok done off topic

btw drama ni cam menarik sbb karakter heroin nmpk bkn typical biasa kita tgk.. lagi2 jd judge..

Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 01:15 AM | Show all posts
dauswq replied at 15-10-2017 01:13 AM
dia naib presiden kelab pencinta cine bukit semalaya , kau tak tau ke?
ni dida yg dakwa lah ...

oh..tak pernah nampak pun dia kt benang cina bukit tue.. haah storyline drama nie menarik..bookmark dulu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2017 08:07 AM | Show all posts
masdiana-ana replied at 15-10-2017 01:04 AM
tak sangka plk dia minat cina bukit aku ingat dia minat kim nal gil jer..

mas, daus tengah bengong tuapa barang cinabukit busyuksinggit pun tak laku ehhh cinabukit tu
bukti kukuh ada kot, kalu minat mesti dah moyan kan




Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 11:54 AM | Show all posts
ismaha replied at 15-10-2017 08:07 AM
mas, daus tengah bengong tuapa barang cinabukit busyuksinggit pu ...

hahaha..cina bukit busyukkk... appa mesti wangikan..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2017 12:35 PM | Show all posts
cpt jek eun bin terima job baru ek .. bagus2 ....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2017 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 15-10-2017 01:13 AM
dia naib presiden kelab pencinta cine bukit semalaya , kau tak tau ke?
ni dida yg dakwa lah ...

mcm pelik plak watak judge muda mudi mcm dorang berdua ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2017 12:06 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 15-10-2017 04:04 PM
mcm pelik plak watak judge muda mudi mcm dorang berdua ni

macam main2 plak ek .. cam court dlm cite solomon perjury
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 08:46 AM | Show all posts
terbaik lah Song Sunbae, eh, Park Eun Bin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-10-2017 11:45 AM | Show all posts
Lorra2411 replied at 23-10-2017 08:46 AM
terbaik lah Song Sunbae, eh, Park Eun Bin

dah konfem lah

Park Eun Bin, Yeon Woo Jin & Dong Ha sah membintangi drama SBS Nothing To Lose
by        daus    ·                            October 23, 2017               
Yeo Woo Jin.Park Eun Bin. Dong Ha

Ketiga-tiga mereka telah pun mengesahkan kehadiran mereka dalam drama terbaru terbitan SBS, iaitu Nothing To Lose.
'.      
Terlebih dahulu, pelakon baru yang agak menyinar ada tahun ini, Dong Ha menerusi watak komedi ‘Myungsok’ dalam KBS Chief Kim dan pembunuh psikopat bersiri dalam SBS Suspicious Partner mengejutkan orang ramai dengan projek terbarunya melalui drama ini. Beliau pernah menolak drama MBC I am Not Robot yang kemudiannya digantikan oleh Yoo Seung Ho.

Dong Ha akan menjadi pendakwaraya yang disifatkan sebagai ‘anjing gila’ , yakni akan mendakwa sesiapa saja tanpa rasa ragu-ragu. Beliau termasuk dalam kalangan ‘elit’ dalam pejabat pendakwaraya.
SBS Nothing To Lose mengisahkan tentang hakim muda yang cepat panas hati yang dilakonkan oleh Park Eun Bin (maklumat lebih lanjut dibaca melalui pautan ini). Hakim tersebut akan diimbangi oleh hakim yang penyabar dan merupakan ‘role model’ yakni bakal dilakonkan oleh Yeon Woo Jin.
Drama ini bakal diarahkan oleh pengarah baru, Lee Gwang Young iaitu pembantu pengarah SBS Entertainer. Tiada maklumat mengenai penulis, hanya dinamakan sebagi Seo In kerana mungkin juga beliau seorang maknae. SBS Nothing To Lose akan disiarkan selepas SBS While You Are Sleeping berakhir.


https://kmania.info/2017/10/23/park-eun-bin-yeon-woo-jin-dong-ha-sah-membintangi-drama-sbs-nothing-to-lose/
@kartieka @qis13
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2017 02:29 PM | Show all posts
dauswq replied at 23-10-2017 11:45 AM
dah konfem lah

Park Eun Bin, Yeon Woo Jin & Dong Ha sah membintangi drama SBS Nothing To Los ...

adakah cinta 3 segi? Dong Ha tolak drama I'm Not a Robot tu sebab nak berlakon drama ni kot.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2017 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk dah ada iklan kat ONE...tp x perasan bila pula...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2017 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
bdhia replied at 14-11-2017 11:17 PM
Tgk dah ada iklan kat ONE...tp x perasan bila pula...

Minggu depan hari rabu / khamis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2017 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Lorra2411 replied at 23-10-2017 02:29 PM
adakah cinta 3 segi? Dong Ha tolak drama I'm Not a Robot tu sebab nak berlakon drama ni kot.

Drama korea klu tak de cinta mmg tak sah. So aku syak cinta 3 segi gak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
dauswq replied at 14-11-2017 11:34 PM
Minggu depan hari rabu / khamis

Tapi mcm selasa/rabu kul 8.10 mlm...kena perhati blk semula time iklan...mcm menarik pasal hakim pula...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-11-2017 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
bdhia replied at 15-11-2017 12:23 AM
Tapi mcm selasa/rabu kul 8.10 mlm...kena perhati blk semula time iklan...mcm menarik pasal hakim p ...

Mgkn aku tersilap. Aku igt ganti while you are sleeping
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2017 08:39 AM | Show all posts
dauswq replied at 14-11-2017 11:34 PM
Drama korea klu tak de cinta mmg tak sah. So aku syak cinta 3 segi gak ni.

kiranya diorg ni pulak trendsetter drama pasal judge. muda pulak tu, selalunya drama korea pasal attorney dgn prosecutor je.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.056944 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list