Siapa tak kenal dengan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau yang dekat di hati rakyatnya, malah ada yang menganggapnya sebagai seorang 'hero'.
Oleh itu, sempena perayaan Halooween pada tahun ini dia 'menjadi' Clark Kent atau Superman yang lengkap berkacamata dengan kostum biru berlogo 'S' di bahagian dadanya.
Foto: Global News
Persis gaya Kent dalam filem Superman, Trudeau membuka kemeja putihnya di bahagian dada hingga menampakkan kostum biru berkenaan di sebalik kemejanya.
Adegan itu dirakam ketika Trudeau sedang menuruni tangga di bangunan parlimen Kanada dan dia juga dilihat mengenakan kostum berkenaan sepanjang hari bersama keluarganya.
Foto: Justin Tang / The Canadian Press via AP
Menurut BoredPanda, itu bukan kali pertama dia membuat kejutan sempena Halloween. Pada tahun lalu, Perdana Menteri berusia 45 tahun itu mengenakan kostum juruterbang dari filem Le petit prince.
Manakala, pada tahun sebelumnya pula, dia mengenakan kostum sebagai Han Solo dari filem Star Wars.
Foto: Mail Online/Reuters
Aksinya itu mendapat respon positif daripada netizen yang kagum dengan sikap terbukanya.
Antara 'Abah' Khairy Jamaluddin (KJ) dengan Justin Trudeau, siapa lagi cool pada anda? - CARI |