View: 6177|Reply: 31
|
5 Menu Wajib Anda Mesti Cuba Jika Bertandang Di Negeri Johor
[Copy link]
|
|
Siapa tidak tahu tentang Johor Darul Takzim kan? Negeri yang mempunyai pasukan bola sepak dari negeri selatan Malaysia ini begitu popular sekarang. Bukan itu sahaja, negeri Johor juga terkenal dengan mercu-mercu tanda lain seperti Legoland, Tambak Johor dan macam-macam lagi. Kemegahan negeri Johor mampu menarik ramai pelancong datang ke negeri ini.
Ya! memang benar negeri johor mempunyai banyak tempat-tempat menarik dan juga mempunyai makanan yang istimewa tersendiri yang anda mesti cuba jika bertandang ke Johor.
Walaupun kadang kala menu-menu ini ada di negeri-negeri lain, tetapi rasa keaslian menu itu tidak akan sama jika anda makan di negeri Johor sendiri.
Jom lihat apakah menu-menu yang wajib anda cuba jika bertandang di Negeri Johor Darul Takzim
1. Laksa Johor
Laksa Johor
Nama pun dah menunjukkan laksa ini berasal dari Johor. Yang menariknya tentang laksa Johor ialah mee yang digunakan bukanlah dari mee laksa biasa yang kita makan. Ia menggunakan mee spaghetti. Selain itu, kuah untuk membuatnya juga agak berbeza. Ia menggunakan ikan dan dimasak sehingga pekat bersama santan dan kerisik kelapa. Sudah pasti kuahnya agak pekat dari kuah laksa dari negeri-negeri lain.
Sesuai dengan orang Johor yang kuat pedas, laksa johor dimakan bersama sambal belacan dan ulam-ulaman lain. Ha! Berbeza kan? Jangan lupa cari gerai atau kedai menjual laksa Johor jika anda bertandang ke sini.
2. Mee Bandung Muar / Muor
Mee Bandung Muar
Jangan lupa mencuba Mee Bandung Muor jika datang ke sini. Mee Bandung Muar sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia sehinggakan pelbagai paste atau rempah segera yang dijual di pasaran bagi memudahkan orang ramai untuk mencuba resepi masakan orang Johor yang sedap ini.
Rasa Mee Bandung Muor sangat enak. Memang lain dari yang biasa. Mungkin penggunaan bahan-bahan seafood menambahkan lagi rasa sedap mee bandung ini. Kuah yang pekat ditambah dengan aroma udang yang kuat sangat membangkit selera untuk mencuba mee bandung ini.
3. Lontong
Lontong
Boleh dikatakan menu lontong merupakan menu wajib terutamanya ketika rumah terbuka ataupun kenduri-kendara. Dipercayai lontong adalah antara menu yang mempunyai sedikit pengaruh masakan dari tanah jawa. Yang menariknya, lontong bukan sahaja popular di negeri Johor sahaja, tetapi di negeri-negeri lain juga ada lontong. Tetapi, jika nak rasa yang asli, sila la datang ke Johor untuk mencubanya.
Antara bahan-bahan yang terdapat di dalam semangkuk lontong termasuklah kuah lontong yang dibuat daripada campuran sayuran dan santan, tempe dan telur goreng ataupun rebus. Dan yang paling menarik ialah makan bersama sambal nasi lemak. Memang POWER!
4. Kacang pool
Kacang Pool
Namanya kacang pool, tetapi ia bukan kekacang ya. Ia merupakan hidangan semangkuk kuah yan pekat yang dimakan bersama dengan roti. Rasa kuahnya memainkan peranan penting dalam membangkitkan lagi rasa menu ini.
Biasanya menu ini dimakan ketika waktu pagi ataupun minum petang dan ada juga yang menjadikannya sebagai menu sampingan.
5. Nasi Ambeng
Nasi Ambeng
Ok! Nasi ambeng ni di negeri lain memang tiada. Hanya di Johor sahaja. Biasanya nasi ambeng kita boleh makan digerai makan ataupun ketika majlis kenduri yasin atau tahlil.
Secara asasnya, nasi ambeng ni adalah satu hidangan yang terdiri daripada nasi putih dan lauk-lauk lain seperti kerabu pucuk ubi, sambal goreng, mee hoon goreng, ayam masak kicap, serunding, dan ikan kering. Dan biasanya nasi ambeng dimakan secara berjamaah di dalam talam. Selain mengenyangkan, dapat juga mengeratkan silaturrahim.
Itulah tadi 5 menu yang wajib anda cuba jika datang ke negeri Johor. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-12-2017 12:42 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
|
|
|
|
|
|
|
pes mi bandung mak iols bagi pon x masak lagi ni
erm...nnt nak.buat lah..yum yummmm
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedap..lg nasi briyani md shah n otak2 yg ade daun selasih tu..yummy. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya laksa johor....feveret sgt.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by chinta89 at 7-12-2017 01:36 PM
iols x minat kat lontong... so kalau pegi sana mmg x order. huhu.
yg sempat try bila ke Johor setakat ini ialah Mee Bandung Muo. Murtabak Singapura. Kopi 434. Satey. Otak2.
teringin nak makan kacang pool tp blm berkesempatan. |
|
|
|
|
|
|
|
mee bandung muo memang wajib pegi makan walopon perut kenyang lagi.. penat jugak makan mee rebus tulang... sedap jugak.. tapi iols tak suka nasik ambeng sebab tak reti nak makan nasik bercampur mee ngan bihun gitu.... kalo buffet iols sanggup bangun banyak kali ambik makanan sebab tak suka makanan gitu bercampur |
|
|
|
|
|
|
|
Tak pernah miss nasi ambeng kalau ke Johor {:run |
|
|
|
|
|
|
|
Kacang pool ngan nasi ambeng je belum penah makan lagi. Lagi tiga tu memang fav. |
|
|
|
|
|
|
|
kari kambing 40hari ayer hitam yong peng
& mee racun bt pahat kena masuk list jugak
|
|
|
|
|
|
|
|
lontong dekat kedai kacang pool haji tu pon sedap
dok situ leh oder kacang pool, lontong n lempeng pisang sedapppp
kambing 40hari tu, xpaham knapa la org sibukkan sangat...
giler ramai org lalu kul 11 pg semalam... |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke mee racun tu tak pedas and rasa macam kuah tomato?
Teringin nak makan tapi takur sebab namanya mee racun. Takut pedas giler
Batu Pahat kat mana mee racun yang popular and sedap?
Thanks
|
|
|
|
|
|
|
|
Kacang Pool ada dijual kat KL ni tapi rasanya taklah sesedap kacang Pool Haji
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by yangsemb at 11-12-2017 06:48 PM
Best! Tp laksa johor cam fofular di Jab Bee n susah skit nk cari kat daerah lain kott |
|
|
|
|
|
|
|
Dah try semua. Lontong dan nasi ambeng tak suka sangat. Laksa johor memang sedap.
Kacang pol tak boleh masuk tekak
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak pedas pun like2 jer
Mee racun original siap gear box
tmn sri jaya jln kluang thorbaek
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasi ambeng. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-12-2017 06:00 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Felycya replied at 12-12-2017 09:44 AM
Nasi ambeng.
Memang menjadi pilihan. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 13-12-2017 06:00 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
tagas replied at 11-12-2017 10:19 PM
Tak pedas pun like2 jer
Mee racun original siap gear box
Mee racun yg ad gear box memang best |
|
|
|
|
|
|
| |
|