Pasangan yang paling manis dan hangat di Malaysia ketika ini, Fattah Amin dan Fazura nampaknya gembira berkongsi momen-momen romantis mereka kepada umum.
Perkongsian kepada umum ini atau disebut Public display of affection (PDA) yang ditunjukkan mereka mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna lama sosial media iaitu netizen.
Gelagat Fattah dan Fazura semasa Meet & Greet di Singapura
Sebahagiannya meraikan kebahagiaan yang ditunjukkan kerana berasa pasangan ini mengamalkan ‘bercinta selepas nikah’ dengan tepat. Sebelum ini mereka telah digosipkan bercinta, namun tiada bukti sahih kerana Fattah dan Fazura tidak pernah dilhat ‘dating ‘ berdua kecuali hadir bersama-sama ketika majlis hiburan dan aktiviti seni.
Kiranya tidak pernah tertangkaplah berdua-duaan di luar sana. Jika adapun mereka keluar bersama-sam PA dan pengurus masing-masing atau bersama rakan perniagaan.
Pasangan yang mempopularkan frasa, "pergi tandas sekejap pun rindu"
Namun begitu setelah selamat bernikah, pasangan ini dilihat sangat mesra mahupun di khalayak ramai. Biarpun telah bergelar suami-isteri, ada netizen yang berasa meluat kerana dimana-mana sahaja pasti ada rakaman video dan gambar menunjukkan kemesraan mereka.
Jari jemari digenggam erat dengan gam ikatan abadi katanya. Namun begitu semua video yang dirakam adalah secara tidak sedar daripada lensa peminat, pengurus dan pembantu peribadi mereka. Bukan syok sendiri ye!
Biasalah, apabila disayangi rakan dan peminat, semuanya ingin dikongsi dan dirai oleh rakan-rakan terdekat.
Tangan digenggam erat dengan 'gam ikatan abadi' menurut peminat
Walau apa pun, tidak ada salahnya bermesra dengan suami dan isteri sendiri, kan. Tetapi biarlah ada batasnya. Takut nanti ada yang cemburu dan membuat pelbagai cara untuk pisahkan Fattzura.
Okaylah, selamat berbahagia Fattah dan Fazura. Kemesraan selepas halal, kan membahagiakan. Netizen yang meluat tu mesti cemburu atau pun kurang kasih sayang! - CARI |